“Pukul 4.00 Petang 30 Ogos Hang Dah Pecahkan Air Ketuban Siapa Suruh?,” – Haziq Hussni

Share

Menerusi posting terkini milik pengacara, Haziq Husni, bintang ini ada mengimbau kenangan saat anak keduanya bernama Chayra Auliya dilahirkan.

Menurut Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni rupanya berhajat anak perempuannya itu dilahirkan pada tanggal 31 Ogos.

Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada Haziq dan isteri lalu Chayra telah dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu.

“Masa Chayra lahir, sebenarnya daddy dah try mintak hold dkt Dr nak date 31/8. Konon nak balut baby pakai bendera Malaysia. Tp tak sempat sbb pkl 4pm 30/8 hang dah pecahkan air ketuban sape suruh? Haha.

“Dan akhirnya 534pm keluarlah seketul bakso dari perut mama. Lepas tu bermulalah episod Chayra keluar masuk hospital smp umur 6 bulan. And now Alhamdulillah.

“You’re getting better and better. Daddy doakan Chayra sihat sampai besar Chayra kuat ya. Happy birthday CHAYRA AULIYA BINTI MUHAMMAD HAZIQ IRFAN. Love you princess #PincessChayra@heidy.chayra,” tulisnya.

Untuk rekod, Haziq telah mendirikan rumah tangga bersama Ayunda Putri Mekarsari pada 15 Julai 2016.

Lalu, Haziq dan Putri setakat ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Heidy Nufael, 2 tahun dan Chayra Auliya, 1 tahun.

Foto : Instagram Haziq

Published by
Nazar Rafiqhi