Kes keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila akhirnya mendapat pembelaan.
Suaminya, Armor Toreador dijatuhi hukuman penjara empat tahun setengah atas kesalahan melakukan penderaan fizikal terhadap isterinya itu.
Dalam laporan media tempatan, Armor dikatakan menerima segala hukuman yang dijatuhkan terhadap dirinya dan tidak akan mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan tersebut.
“Baiklah, saya sudah mengatakan bahawa saya hanya mengingatkan anda bahawa dari awal penahanan saya tidak ada apa-apa tentangan, jadi saya menerima akibat undang-undang yang dikenakan,” ujar Armor kepada media
Walau bagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan panel hakim adalah lebih ringan berbanding tuntutan Pendakwa Raya (JPU) yang menuntut Armor dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun.
Imbas kembali, video rakaman cctv yang menampakkan Cut Intan Nabila ditendang suaminya tular sekitar Ogos tahun lalu yang menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.
Video yang dimuat naik di Instagram pempengaruh itu menampakkan pertengkaran antara pasangan itu dan memaparkan Cut Intan Nabila dipukul beberapa kali walaupun dia merayu agar tindakan ganas itu dihentikan.
Dalam perkembangan lain, Cut Intan Nabila sudah pun memaafkan suaminya itu namun tetap meneruskan proses perceraian apabila proses mediasi di antara mereka gagal.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI