Hubungan akrab yang terjalin di antara pelakon Azah Aziz dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau Shiera sememangnya diketahui ramai.
Menyambut kedatangan Syawal di Kuala Lumpur tahun ini, Azah sempat meluangkan masa berkunjung ke kediaman Shiera bersama suami, Daud LeRoy dan anak sulungnya, Aaron.
Dua lagi anak Azah iaitu Ryan dan Justin tidak dapat ikut serta pada percutian kali ini kerana terikat dengan komitmen sekolah serta bercuti bersama kawan-kawan yang lain.
Shiera turut teruja dengan kepulangan sahabat baiknya itu dan turut merakamkan momen-momen manis mereka beraya bersama di laman Instagram miliknya.
“Dia balikkkkkkk raya,” tulis Shiera.
Selain Azah, rumah Shiera turut ‘diserbu’ ramai rakan selebriti lain antaranya Shuib Sepahtu, Mark Adam, Joey Daud, Watie Elite, Rusdi Ramli dan Farah Ahmad.
Untuk info, Azah kini menetap di Kanada bersama keluarganya.
Hubungan rapat terjalin di antara Azah dan Shiera bermula sejak kedua-duanya membintangi drama popular era 90-an berjudul Mat Despatch.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.