Pelakon dan pengacara, Norman Hakim meluahkan rasa lega selepas dikatakan sempat mengelak daripada terlibat dalam kemalangan bersama jurukemera di set pengambaran baru-baru ini.

Menurut Norman, sekiranya jurukamera tersebut tidak mengelak, sudah tentu dia terpaksa mambayar ganti rugi peralatan tersebut yang dianggarkan berjumlah puluhan ribu ringgit.

“Kita mampu merancang..hanya Tuhan menentukan…(lirik lagu Wings). Nasib baik la sempat elak dalam seinci je kot, tak hentam tepat-tepat dekat kamera (swipe).

“Kalau tak, berpuluh ribu RM pulak nak kena ganti untuk kamera tu. Puncanya nak start motor, tak start-start sampai full throttle paddle minyak sebab ingat minyak tak naik. Sekali dapat start,melompat la motor,” tulisnya.

Ads

Insiden tersebut dikongsikan oleh Norman menerusi video berdurasi 10 saat yang dimuat naik menerusi di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pengacara program Mingguan Wanita itu turut berpesan agar kita sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT untuk melindungi kita daripada sebarang musibah.

“Moral of the story, dalam hidup ni memang kena sentiasa banyak berdoa, berdoa & berdoa.

Ads

“Mohon perlindungan dariNya sebab kita tak tahu ‘babak’ mana dalam hidup kita yang doa-dia itu akan di’activate’ olehNya alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Norman iselain turut menasihatinya agar lebih berhati-hati lagi selepas ini.

Ads

Terdahulu, Norman kini terlibat dalam drama FamILoveYou yang akan ditayangkan di saluran Astro Ceria pada Januari 2021.

Selain Norman, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain seperti Shakilla Khoriri, Fazlina Ahmad Daud, Razak Ahmad dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Norman Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI