Kematian pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Sae-ron, benar-benar mengejutkan peminat k-drama antarabangsa.

Menurut laporan Polis Seongdong di Seoul dan laporan Agensi Berita Yonhap, kematian bintang berusia 24 tahun itu telah disahkan sebagai bunuh diri.

Walaupun begitu tiada nota yang ditinggalkan di tempat kejadian.

Kim ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Seoul pada hari Ahad oleh rakannya. Pelakon berusia 24 tahun ini dikenali menerusi filem The Man from Nowhere dan The Neighbor dan terus mencipta nama sebagai pelakon berbakat besar.

Namun begitu, karier Kim semakin perlahan sejak 2022 selepas dikenakan denda sebanyak 20 juta won (RM65,000) kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ads

Dia memohon maaf secara terbuka di Instagram, menyatakan bahawa tiada alasan bagi perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukanya.

Punca Kematian Pelakon Korea Selatan, Kim Sae-ron, Didedahkan Pihak Berkuasa

Akibat insiden tersebut, Kim menarik diri daripada drama Trolley di SBS dan tidak memperbaharui kontraknya dengan agensi Goldmedalist pada tahun yang sama.

Ads

Selain itu, disebabkan imej buruk yang melanda, kemunculan Kim dalam drama terakhirnya, Bloodhounds, yang disiarkan di saluran penstriman Netflix pada 2023 juga dipendekkan.

Terdapat desas-desus menyatakan bahawa punca dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat disebabkan tekanan perasaan dan masalah kewangan yang dihadapi.

BACA JUGA: Kim Sae-ron, Pelakon Siri Netflix Bloodhounds, Ditemui Meninggal Dunia

Ads

Lahir pada 31 Julai 2000 di Seoul, Kim memulakan perjalanan seninya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 9 tahun dengan membintangi filem A Brand New Life (2009) dan I Am a Dad (2011).

Dia  kemudian membawa watak utama dalam filem seperti A Girl at My Door (2014) dan The Villagers (2018), serta drama terkenal seperti Listen to My Heart, The Queen’s Classroom, dan Love Playlist.

Bakat lakonannya diiktiraf apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Baru Terbaik menerusi filem A Girl at My Door di Blue Dragon Film Awards, selepas sebelum ini meraih anugerah yang sama di Korean Film Awards menerusi The Man from Nowhere.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI