Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengabadikan kisah cinta lamanya yang tidak kesampaian dalam novel terbaharu berjudul Kerana Cinta Itu Ada.
Menurut Nabila atau nama sebebarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 29, pengalaman ditinggalkan kekasih tanpa sebab menjadi pengalaman pahit yang masih berbekas sehingga kini meski dia sudah melupai apa yang berlaku.
“Ditinggalkan tanpa berita… Sebenarnya kisah putus cinta ini terjadi sudah lama, sebelum saya jadi artis lagi. Kami bercinta tidak lama lama, dalam setahun. Punca putus kerana orang ketiga.
“Siapa yang tak mahu pengakhiran cerita cinta yang baik. Semua orang nak begitu, tapi saya percaya perjalanan cerita seseorang itu… kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menantukan jadi kita berserah kepada takdir” katanya.
Nabila bagaimanapun akui dia kini senang dengan kehidupan sekarang selain menyifatkan kenangan lalu sebagai asam garam kehidupan.
Ads
Bintang drama Tercipta Satu Ikatan ini berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran novel Kerana Cinta Itu Ada di Bookxcess, MyTown, Kuala Lumpur pada Rabu.
“Sekarang ini masing-masing sudah move on. Memang hati kita berbunga, cuma ada beberapa perkara kita tak boleh lupa, rasa sakit itu. Dendam tu dah tak ada tapi sejujurnya nak duduk semeja belum boleh lagi.
“Tidak mengapalah sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sekarang ini saya hanya fokus pada kerjaya. Banyak lagi perkara yang perlu saya uruskan,” katanya lagi.
Ads
Mengulas lanjut mengenai novel tulisan novelis Sophilea itu lagi, Nabila optimis untuk memberi semangat kepada wanita lain yang pernah kecundang dalam perhubungan cinta.
“Semua ada kisah percintaan masing-masing, masa ada dia manis atau sebaliknya. Jadi saya pasti pembaca yang membaca novel ini boleh kaitkan dengan kisah yang berlaku.
“Kena sediakan tisulah. Sebab ada kisah yang seronok, manis bila bibit percintaan itu baru nak bermula. Kemudian ada konflik, plot twist dan sebagainya. Banyak yang berlaku ibarat ‘roller coster’ orang kata.
Ads
“Kalau mahu tahu lanjut kena baca naskhah novel ini. Cumanya dalam novel ini watak dan jalan cerita diolah mengikut kesesuaian supaya lebih menarik untuk pembaca,” katanya lagi.
Novel Kerana Cinta Itu Ada diedarkan oleh Mask Team dan boleh didapati secara dalam talian bermula 14 Mac lalu dengan harga RM35 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM38 di Sabah dan Sarawak.
Novel yang mengangkat watak gadis bernama Nabila Aulia dan kekasihnya, Tengku Aisy Mateen ini juga difahamkan akan turut dijual di semua kedai buku terpilih seluruh Malaysia tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengisahkan seorang anak muda Bernama Bidin Al-Zaifa yang kini sudah mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang permotoran.
Menariknya, filem Bikers Kental 2 ini membawa plot yang lebih hebat apabila Bidin mahu memperisterikan Cherry Porntit dari Hatyai, Thailand, namun hubungan mereka berada di jarak jauh.
Dalam mengejar cinta Cherry, Bidin bertemu musuhnya, Pornthaliwat Thani yang telah dipenjarakan selepas ditangkap.
Secara tidak langsung, Pornthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin kerana tidak berjaya mendapatkan wang yang dicuri Bidin.
Setiba sahaja Bidin di sebuah warung di Hat Yai, dia ternampak Cherry bersama seorang lelaki kacak sedang menolongnya. Lantas, Bidin mulai berasa cemburu dan ingin menyerang lelaki itu.
Realitinya, lelaki berkenaan adalah abang kepada Cherry iaitu Ananda.
Disebabkan salah faham itu, Bidin meminta maaf, bagaimanapun Ananda tidak berapa menyenangi sikap Bidin gara-gara pergaduhan tersebut.
Adakah Bidin berjaya mendapatkan cinta sejati dari Cherry apabila banyak halanagn dan dugaan yang berlaku di Thailand? Jangan lupa saksikan filem bergenre aksi ini di pawagam pada 14 Mac ini.
Selain itu, filem aksi ini diterajui barisan pelakon tempatan seperti Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi bergandingan dengan pelakon Thailand seperti Meau Julallangtip dan Kaewkorravee.
Diarahkan oleh pengarah terkenal, Helmi Yusof yang telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Calif Work Studios Sdn Bhd dan mereka telah berjaya menghasilkan filem seram iaitu “Seru” arahan Woo MingJin.
Jadi, kepada pembaca MH yang berminat untutk memenagi barangan ekslusif filem Bikers kental 2 boleh ke Instagram Media Hiburan, @mediahiburanofficial dan jawab seoalah yang mudah!
Pelakon dan pelawak, Chiwan Chilok kini amat mengharapkan keajaiban selepas ibunya kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan berikutan masalah jangkitan di bahagian paru-paru.
Menurut Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, ibunya juga terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana kerana keadaannya ketika ini sangat lemah.
Penyanyi dan pelakon berbakat, Ayda Jebat menghadiahkan sebuah single baru buat para peminat bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-27 yang disambut, dua hari lalu.
Menariknya, Ayda terus mengejutkan peminat dengan memperkenalkan single balada terkini yang cukup menjentik emosi.
Malah, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat mendedikasikan lagu Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) mengakui ia dituju khuses pada peminat yang tak henti menyokong karier seninya.
“Selalunya, saya mendapat hadiah dari peminat sempena hari lahir saya, tetapi tahun ini saya lakukan sesuatu yang berbeza dengan menghadiahkan single balada kepada peminat.
“Peminat sudah lama menantikan saya muncul dengan karya sebegitu dan lagu terbabit merupakan dedikasi istimewa saya kepada mereka.
“Biarpun sebelum ini saya muncul dengan Bagaikan Pelangi serta lagu Pinjamkan Hatiku duet bersama Adi Priyo dan ia mendapat sambutan positif, saya masih menerima permintaan peminat untuk muncul dengan lagu balada.
“Saya berharap lagu ini dapat menjadi hadiah bermakna untuk semua peminat yang menantikan karya terbaru saya dan lebih istimewa, ia dilancarkan pada hari lahir saya,” kata Ayda kepada MH.
Terdahulu, single berkenaan dihasilkan bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak. Pada masa sama, single ini juga menjadi lagu tema bagi drama bersiri terbaru lakonan Ayda, Asalkan Dia Bahagia yang kini sedang bersiaran.
Menerusi Instagram, teaser muzik video berkenaan turut dikongsikan Ayda dan rata-rata pencinta muzik memberi maklum balas positif terhadap lagu terbabit.
Lagu Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) boleh ditonton di YouTube Ayda Jebat dan boleh didengari di semua pelantar digital bermula 29 Mac ini.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!