Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang terus mendapat sambutan memberangsangkan di platform Astro First dengan berjaya meraih kutipan RM3 juta dalam tempoh 10 hari.

Filem arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid itu kini meraih kutipan dalam angka tersebut yang sekaligus mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris di Astro First bagi tahun 2021 setakat ini.

Sambutan daripada penonton terus menunjukkan momentum kukuh.

Ini setidak-tidaknya dapat mengembalikan keyakinan penonton, terutamanya peminat filem Melayu untuk terus menyokong karya- karya tempatan tidak kira apa genre sekalipun.

Ads

Mengulas mengenai kejayaan ini, Mamat Khalid berkata menzahirkan rasa syukur meski tayangan filem berkenaan ditayangkan menerusi konsep ‘pawagam di rumah anda.’

“Alhamdulillah, meskipun tayangan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dalam era normal baharu, namun atas sambutan positif penonton, filem ini mampu mencatatkan kutipan sebanyak itu dalam tempoh 10 hari.

“Terima kasih kepada semua penonton yang menerima baik filem ini. Insyallah, nantikan karya seterusnya eksklusif di Astro,” katanya.

Ads

18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden.

Ads

Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

Saksikan filem lakonan Bell Ngasri, Namron, Jaafar Onn, Siti Elizad, Kazar Saisi, Mat London, Joey Daud dan ramai lagi yang kini masih berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI