Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, Dr. Che Hafiz mendedahkan dirinya langsung tidak terkejut dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya itu baru-baru ini.
Menurut Dr. Che Hafiz, segala kenyataan tersebut adalah didakwa bersifat fitnah dan berniat untuk menjatuhkan reputasinya kepada umum.
“KEBENARAN YANG BERLAKU. Pertama kali saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan yang palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat.
“Saya lebih mengenali siapa diri dia. Tidak perlu untuk saya terasa atau berasa marah kepada netizen yang memberi reaksi seakan-akan membenci dan tidak menyokong kepada belah pihak saya seperti isu soal nafkah anak.
“Sebab apa-apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh dia adalah tidak benar sama sekali dan sudah diubah mengikut kehendak dia sendiri,” tulisnya Instagram.
Bercakap soal nafkah anak pula, Dr. Che Hafiz memaklumkan dia mempunyai segala bukti kukuh sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah.
“Soal isu pemberian nafkah anak. Saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti saya tahu akan tanggungjawab saya dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri. Saya ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak Mahkamah.
“Jadi saya harap dia gunakan saluran yang betul dan bukan nya jadi seperti budak-budak main lepas perasaan di media sosial yg dimana perkara sebegini boleh minimbulkan spekulasi yang salah oleh masyarakat terhadap saya.
“Saya lebih mengenali siapa diri dia dan aib dia juga selama ini saya simpan. Tidak pernah saya dedahkan di media sosial malah saya rasa tiada keperluan untuk menceritakannya sebab dia bukan lagi Isteri saya yang sah dan kami pun sudah lama bercerai bukan baru bercerai 2,3 bulan,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata ini berharap agar Lufya menggunakan saluran yang betul sekiranya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati.
“Saya dan bakal Isteri niat kami cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba yang terbaik untuk berbincang dengannya (Bukti ada) tetapi telah ditolak malah dibalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan juga fitnah.
“Saya rasa dia sudah melampau dan saya harap dia dapat menggunakan saluran yang betul bagi menyelesaikan isu yang ada dan jika benar dia ingin selesai Isu tersebut dengan baik.
“Be more professional dan jangan libatkan orang yang tidak sepatutnya seperti keluarga saya dan juga bakal Isteri.
Sekian,” akhirinya.
Sebelum ini, Lufya mendakwa suaminya itu culas dalam soal pemberian nafkah buat anaknya sehingga perkara tersebut berlarutan di mahkamah hampir tiga tahun.
Terdahulu, Lufya dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun kedua-dua mereka sah bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Dr. Che Hafiz