Peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak Genius Aulad (GA), sentiasa memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni termasuk persembahan sebagai antara langkah mempersiapkan generasi yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam hidup.
Lebih menarik, murid-murid di GA juga sentiasa menjadi pilihan dan menerima undangan stesen televisyen utama bagi program bersesuaian terutamanya persembahan membabitkan kanak-kanak.
Pengasas Genius Aulad, Zaliza Alias berkata, GA memupuk bakat dalam pelbagai bidang seni seperti seni lukis, seni suara dan seni tari menerusi program Creativity, Physical Activity dan Science Craft.
“Pendekatan pembelajaran bertema (thematic learning) membantu mengasah kemahiran dan minda pelajar terutamanya dalam mempersiapkan diri bagi mempersembahkan tugasan-tugasan yang disediakan (melukis, menari, membaca, menyanyi, menghafal dan sebagainya), sama ada di dalam kelas mahupun semasa acara-acara tahunan Genius Aulad,” katanya.
Zaliza berkata demikian pada sidang media selepasMajlis Anugerah Francais Genius Aulad 2024.
Tambahnya, acara tahunan sekolah itu yang disusun iaitu Read It Right Challenge (RIRC), Cabaran Bijak Membaca (CBM) dan Little Ihtifal membabitkan persembahan pentasdan memerlukan kanak-kanak untuk berlakon, bernyanyi, membaca dan menari di hadapan penonton.
Ads
“Semasa waktu perhimpunan, kami mempunyai sesi Islamic Contents (10 minit) di mana kelas yang berbeza setiap minggu secara bergilir membuat persembahan yang terdiri daripada Teater Pembaca, Lagu, Cerita dari Al-Quran, dan Permainan Peranan.
“Perkembangan bakat kanak-kanak di genius Aulad yang telah dikenal pasti akan dirangkumkan di dalam laporan prestasi mereka dan dikongsikan dengan ibubapa secara berkala menerusi Report Card Pick-Up Day (RCPD) mengenai kemajuan anak-anak mereka,” kataya.
Terdahulu, mengulas mengenai Anugerah Francais Genius Aulad 2024, Zaliza berkata, anugerah berkenaan menandakan peristiwa penting untuk GA, mencerminkan pertumbuhan dan kejayaan rangkaian francais yang luar biasa khususnya dalam menyumbang kepada kejayaan dan pertumbuhan jenama itu.
Ads
“Anugerah Francais Genius Aulad 2024 adalah bukti dedikasi dan kerja keras rakan kongsi francais kami. Kami berbangga dengan sumbangan mereka dan berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih besar bersama-sama.
“Dengan semangat dan komitmen rakan kongsi francais dan seluruh keluarga Genius Aulad, ia akan dapat mengukuhkan misi organisasi untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan mewujudkan impak positif kepada kanak-kanak,” katanya lagi.
Dengan rangkaian 82 cawangan di dalam dan di luar negara, memenuhi keperluan lebih 80,000 pelajar, Genius Aulad turut menerima Anugerah Kepimpinan Perniagaan Global untuk Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah, Anugerah Perusahaan Asia Pasifik (APEA) dalam Kategori Kecemerlangan Korporat untuk Pendidikan & Latihan, dan Anugerah Jenama Terbaik Halal Dunia Jenama Laureate dalam kategori Kepimpinan Perniagaan & Komuniti.
Ads
Zaliza menambah, GA juga berusaha mempersiapkan murid-murid mampu mempunyai kemahiran dalam hidup secara seimbang dengan mendedahkan kemahiran teknologi kepada kanak-kanak prasekolah bagi membantu mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan dunia teknologi hari ini.
“Kemahiran asas seperti penyelesaian masalah dan kemahiran sosial juga penting untuk pertumbuhan kanak-kanak secara menyeluruh.
“Kerjasama antara guru, ibubapa dan penjaga adalah penting untuk menciptadan membangunkan kurikulum yang merangkumi kemahiran teknologi dan hidup yang seimbang dan sesuai dengan keperluan setiap kanak-kanak mengikut peringkat.
Dalam usaha untuk menjadikan pendidikan awal kanak-kanak dapat diakses dengan mudah, Genius Aulad turut menawarkan peluang pemilikan francais mampu milik denganyuran francais hanya pada RM50,000.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zain Saidin mengambil inisiatif dengan membawa anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana untuk membeli belah di Uptown Kota Damansara bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-10 tahun.
Menerusi hantaran yang dimuat naik suami kepada aktres Rozita Che Wan itu menerusi TikTok, Aaisyah boleh membeli 10 jenis barang yang dimahukan.
“Kita dah dekat Kota Dame, Uptown. Ini kali pertama Aaisyah datang sini, dia tak pernah datang Uptown.
“Saya nak tunjuk uptown ada apa dan dia boleh beli 10 barang bersempena dengan hari jadinya yang ke-10,” kata Zain.
Hanya jalan berdua ke lokasi tersebut, Aaisyah dilihat membeli beberapa item seperti dua barang solek, kipas minj, casing telefon dan topi.
“Alhamdulillah siap dah 10 barang untuk Aaisyah, hari jadi yang ke-10. Bila dekat Uptown tau, kita support lokal,” katanya.
Aaisyah yang sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada dirinya sendiri sambil berterima kasih kepada bapanya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji Zain yang memilih untuk membawa anaknya merasai pengalaman membeli belah di lokasi berkenaan yang secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan.
“Barang yang Aaisyah pilih a bit unexpected. Ingatkan akan pilih semua yang girly stuff.”
“Kenapa kalau dengan daddy, dia behave gila.”
“Wow uptown je. Bagus ajar anak bersederhana. Terbaik.”
“Dengan mak dia habis bawak pergi Sephora.”
“Anak jutawan pun relaks ja shopping kat uptown. Yang b40 lak sanggup berhutang nak pakai barang branded.”
“Balik mesti mak dia bebel, hang beli apaq ni Aisyah.”
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun ditonton lebih sejuta kali menerusi TikTok dan disusuli dengan ratusan komen warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mempunyai percanggahan dalam hal penjagaan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.Ketika diminta untuk memberikan pesanan kepada pasangan yang tidak mempunyai persefahaman dan merebut hak penjagaan anak, Nabila berpendapat anak perlukan hak sebaiknya dari segi kasih sayang ibu dan bapa.
“Bila sudah berpisah, anak menjadi keutamaan. Semuanya berkenaan dengan anak, bukan sebab diri sendiri.
“Anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan. Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan hak dia sebagai seorang anak.
“Hak anak kena ada kasih sayang daripada ibu dan bapa. Jadi, kedua-duanya harus bekerjasama biarpun tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan.
“Kalau kita menidakkan hak anak, kita berdosa,” katanya jujur.
Tambah Nabila yang kini selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, dia juga banyak belajar dari episod perceraian yang dilalui sebelum ini.
“Apa yang saya belajar ialah perkahwinan memerlukan dua orang yang mahu ikatan itu kekal.
“Usaha itu datang daripada dua belah pihak, suami dan isteri. Jika satu pihak sahaja, ia tidak okay,” katanya lagi.
Nabila dan Sharnaaz bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penyanyi rap popular, DJ Fuzz kagum dengan budaya dan sikap disiplin rakyat Jepun yang sentiasa mnghormati antara satu sama lain.
Perkara itu dikongsikan pemilik nama sebenar Farzwa De-Attaher Emir Farit ketika dia menaiki pengankutan awam di Negara Matahari Terbit itu.
Kongsinya menerusi mata kasar mengenai sikap masyarakat Jepun, kelihatan mereka hanya duduk diam sehingga sampai ke destinasi dan tidak menggunakan telefon bimbit untuk tujuan mendengar lagu misalnya.
“Knp org2 kat sini tak suka kalau kita bercakap & main phone dlm tren?”
“Mungkin sebab kalau kau main lagu kat phone, org sebelah main lagu lain, org tepi tu main lagu lain, dia takleh fokus nak dgr lagu yg mana.
“Hahha tak lah. Actually, org Jepun ni mmg mengamalkan budaya respek org lain. Dia kalau boleh taknak susahkan org lain.
“Itu bagus sangat especially bila kita kat toilet awam, bersih gila toilet tu macam renovate semalam,” pujinya.
Malah, Dj Fuzz menyarankan agar perlu mengambil contoh sikap masyarakat itu yang sangat disiplin terutama dalam perjanjian masa.
Sekali gus, ia menjadikan sesebuah negara itu maju dengan sikap dan amalan yang sudah dipupuk sejak kecil dalam diri setiap individu.
“Diorang ni selalu respek org lain. Kalau kita nak sampai level diorang, kita kena tiru cara2 ni.
“Contohnya, datang lambat, benda tu kena buang, sebabnya org yg dtg lambat memang tak considerate & respect timing org lain.
“Kalau nak maju kena tiru budaya negara yg maju. Thats why elok pergi holiday ni.. drpd beli benda2 yg membazir tapi takda value…
“Holiday ni bukan sebab bagus utk content IG & utk eksyen2, sebabnya kalau kita travel dia boleh bukak mata kita..dan belajar benda baru,” kongsinya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...