Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, pasti ada memori yang tak dapat dilupakan, tak kisahlah sama ada ia manis ataupun pahit.
Bagi penyanyi, Putera Muhammad, dia juga mempunyai memori beraya seorang diri di Kuala Lumpur kerana terikat dengan kerja.
Katanya kepada MH;
“Pengalaman raya yang saya tak boleh lupa adalah di mana ada satu tahun tu, saya tak balik mana-mana sebab ada kerja sikit.
“Sebenarnya, adalah balik cuma lewat berbanding orang lain. Masa itu saya ada ‘event’ di ibu kota. Famili semua dah balik kampung dahulu jadi saya seorang sahajalah tinggal. Itulah pengalaman raya seorang diri saya.
“Yang lain-lain tu tak adalah contoh macam main mercun sampai putus tangan ke apa sebab saya ini tak nakal.
“Kalau ada apa-apapun kawan yang buat, saya setakat tengok kat tepi sahaja,” katanya.
MH tak dapat bayangkan macam mana beraya seorang diri tu, mesti rasa sunyi kan? Nasib baik Putera pulang juga beraya di kampungnya.
Apa-apapun, di kesempatan ini, MH nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada Putera.
Foto:Instagram Putera Muhammad