Puteri Aishah Dapat Lesen Menyelam, Tapi Nazim Othman Dedah Wajahnya ‘Tersepak’ Oleh Finalis Dewi Remaja 2015 Itu!

Share

Tidak dapat menyembunyikan keterujaan apabila berjaya menamatkan kursus menyelam, Puteri Aishah menerusi entri terbaru di Instagram ada berkongsi rahsia alam dasar laut.

Jelasnya, meski panik pada hari pertama melakukan selaman, namun dia berjaya mengatasi ketakutan berkenaan.

I went 18 meters down??? that’s so not me but i did it! i faced my fear!

“I met new creatures and they were so cute (except big fishes la, puteri belum ready) thank u again @ocean.lab.diver for this unforgettable memories! #scubapro #scubadiving #scubadivingtrip #tioman #diving #scubadiver #diver,” tulisnya.

Thank you @ocean.lab.diver for helping me face my fears. first day masuk dlm air terus panic nampak coral. second day baru selesa walaupun i clumsy dlm air but i managed to finish my open water.

“Alhamdulillah syukur. lepas ni kalau dah bosan atas darat, boleh pergi dasar laut @shazfaka @scuba.khairul @haziq_rasidi @shazmeerahimi #dive #diving #oceanlabdiver #pumamy #pumawomen,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Nazim Othman berkongsi kisah lucu apabila Puteri Aishah tersepak wajahnya ketika sedang asyik melihat ‘Nemo’.

Pernah rasa kena penendang dalam laut? Saya pernah!

“Puteri Aishah tersepak muka saya masa saya tengah ralit dok tengok nemo. @ocean.lab.diver @puteriaishahofficial @shazfaka @scuba.khairul,

” tulis Nazim pula.

Difahamkan kedua-dua selebriti ini telah menjalani kursus menyelam di Pulau Tioman.

Foto : Instagram Puteri Aishah dan Nazim Othman

Published by
Noraini Abd Wahab