
Pelakon Puteri Aishah berkongsi foto terkini anak sulungnya, Muhammad Faliq yang kini sudah pun mencecah usia tiga bulan.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Pulang itu dilihat sedang memangku anak lelakinya sambil menitip dedikasi menerusi ruangan kapsyen.
“Faliq, cepatnya awak besar,” tulisnya ringkas.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat memberikan pelbagai reaksi yang rata-ratanya geram pabila menatap susuk gebu anak lelakinya itu.
“OMG… Comelnya Ya Allah,” komen Shaza Bae.
“Ini kalau dapat kat aku ni, yummy,” tulis Reen Rahim.
“MasyaAllah padunya,” reaksi Ika Nabella.
“Geram,” kongsi Aina Abdul.
“Eh geram kita dak comel ni,” reaksi Azza Elite.
Imbas kembali, Puteri dan suaminya, Muhammad Firdaus Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 21 November 2021 dan pertama hati mereka dilahirkan pada 4 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Eh Menendang. Ini Tak Ada Ubat, Kena Tunggu 9 Bulan,” – Tahniah Fizo Omar, Isteri Kini Mengandung 5 Bulan

Pelakon Fizo Omar mendedahkan dia bakal menimang anak ketiga dan usia kandungan isterinya, Fazeera Nazri kini sudah memasuki bulan kelima.
Berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya, Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar, 38, memuat naik sebuah video memperlihatkan dia sedang memeriksa perut isterinya.
Fazeera secara berseloroh memberitahu perutnya berasa tidak selesa selepas Fizo melihat perut anaknya, Wan Khaleeda seperti kembung angin.
“Ayang (sayang), perut saya tak selesa jugalah,” kata Fazeera.
Mendengar rungutan manja isterinya, Fizo terus memeriksa perut wanita itu dan terkejut kerana berlaku pergerakan (menendang).
“Eh! Menendang. Ini tak ada ubat, kena tunggu sembilan bulan,” seloroh Fizo.
Menerusi video itu juga Fizo memaklumkan Khaleeda bakal menjadi ‘kak ngah’, manakala anak sulungnya hasil perkahwinan pertama bersama Mawar Karim, Wan Maryam akan mempunyai dua orang adik.
Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera yang merupakan bekas pramugari pada 21 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Khaleeda yang kini berusia tujuh bulan.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bangkitnya Bintang M-Pop Baru, 4 Lelaki Bergelar ‘Lucky Nerds’ – “Kami Memang ‘Nerds’ Namun Bukan Ulat Buku Semata-Mata…”

Isi Kandungan
ToggleBoygroup M-pop baharu, Lucky Nerds tampil dengan single pertama mereka yang berjudul Lucky Nerds (Anthem), iaitu sebuah karya yang membawa mesej tentang keyakinan diri.
Pelancaran itu sekali gus memperkenalkan identiti unik mereka sambil membawa nafas baharu dalam industri muzik tanah air.
Lucky Nerds terdiri daripada empat anak muda iaitu M.O., Faiz, E.J. dan Ajim. Mereka sepakat untuk berpadu kreativiti mencipta fenomena baharu melalui muzik, tarian dan seni persembahan.
Lagu Bawa Jiwa Semangat!
“Kami semenangnya ‘nerds’ namun bukan ulat buku semata-mata, tetapi individu yang mendalami minat dengan penuh dedikasi. Sebagai contoh, saya sudah sembilan tahun mencipta muzik.
“Faiz pula pakar dalam tarian moden kontemporari, Ajim hebat dengan tarian tradisional dan EJ mahir dengan muzik rock. Setiap daripada kami membawa kekuatan unik ke dalam group ini. Dan ‘lucky’ adalah doa kami agar berjaya dalam industri muzik Malaysia,” kata M.O.
Malah penubuhan mereka juga adalah lahir daripada usaha M.O. sendiri meski pada awal ada yang ragu-ragu namun akhirnya mereka bersatu sebagai sebuah kumpulan yang lengkap.
Mengulas mengenai single pertama mereka, ia sebagai pengenalan dan lagu ‘anthem’ yang penuh semangat yang memperkenalkan identiti kumpulan ini kepada semua.
“Lagu ini menceritakan tentang siapa kami dan bagaimana kami menepis segala kritikan negatif. Sebelum debut lagi sudah ada yang meragui kami.
“Tetapi melalui lagu ini, kami ingin tunjukkan keyakinan diri kami dan juga buktikan kemampuan Lucky Nerds kepada semua,” kata Faiz.
Walaupun single Lucky Nerds (Anthem) adalah permulaan bagi, mereka tekad untuk membawakan pelbagai genre dalam muzik yang diperjuangkan.
Malah mereka juga kini sedang dalam perancangan menghasilkan sebuah mini album yang bakal menggabungkan pelbagai genre seperti R&B, pop, balada dan rock.
“Kami tak mahu terikat dengan satu genre sahaja. Setiap daripada kami mempunyai minat yang berbeza. Saya misalnya meminati hip hop, Faiz pula R&B, Ajim dengan pop dan EJ pastinya rock.
“Jadi, kami gabungkan semua elemen ke dalam mini album tersebut agar kedengaran unik,” ujar M.O. yang turut mendedahkan karya sulung mereka sebenarnya sudah siap sepenuhnya dua tahun lalu.
Percaya Bakat Pendatang Baru
Sementara itu, Mdm. Azuein Alonto yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ACE Talents menjelaskan, Lucky Nerds adalah bukti bahawa bakat baharu tempatan juga mampu bersaing di pentas industri muzik.
“Setiap ahli kumpulan membawa keunikan dan kepakaran tersendiri iaitu dari kebolehan mencipta muzik sehingga menguasai pelbagai bahasa.
“Sebagai peneraju ACE Talents, kami melihat potensi besar kumpulan ini dan percaya mereka mampu mencipta impak besar dalam industri muzik tempatan dan mungkin juga antarabangsa.
“Menjadi tanggungjawab kami untuk terus menyokong dan mengembangkan bakat seperti ini, kerana mereka adalah masa depan industri seni tanah air kita,” katanya.
Lucky Nerds (Anthem) kini boleh dimuat turun di iTunes dan sudah boleh didapati menerusi semua platform penstriman muzik dan MV rasmi single mereka juga kini boleh ditonton di saluran YouTube ACE Talents.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bella Dally & Suami Lakukan Aktiviti Khidmat Masyarakat, Bantu Nyah Cemar Masjid & Surau Terpilih Sekitar KL

Pelakon dan usahawan, Bella Dally memaklumkan bahawa dirinya melakukan aktiviti khidmat masyarakat dengan melakukan sesi nyah cemar di masjid dan surau sekitar ibu kota.
Bella atau nama penuhnya Nabilah Ali Dally memaklumkan melakukan aktiviti tersebut bersama suaminya, Arif Izuddin Mohd Radzali.
Malah Bella turut mengalu-alukan mana-mana indvidu untuk turut sama dalam sesi menjadi sukarelawan.
“My husband and I have decided to do CSR (public sanitisation) for mosques / surau in KL & Selangor areas for free.
“Kalau korg tau any AJK masjid / surau please share this massage with them and ask them to DM me their telephone number, my husband will contact them personally.
“Kami akan tanggung semua cost termasuk chemical dan peralatan P/S: Sesiapa yang nak jadi sukarelawan pun dialu-alukan.
“Just DM me with your contact details Thank you,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on
Di samping itu, rata-rata peminat memuji sikap baik pasangan ini yang sangat prihatin dan peka terhadap masalah situasi semasa yang berlaku.
Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nazim pada 10 September 2016.
Bagaimanapun, Bella dan Nazim telah sah bercerai talak satu pada 17 Mei 2018.
Selepas itu, bintang berusia 27 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali pada 30 Mac 2019.
Foto: Instagram Bella Dally
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI