Hiburan

Puteri Balqis Sedih Buat Luahan, Fazura Tampil Bersuara – “Semoga Terus Kuat Adikku! Percaya Allah SWT Sentiasa Melihat…”

Share

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menegur tindakan segelintir warganet yang secara terbuka memerli dan menuduh membuta tuli.

Ia susulan Balqis memuat naik sebuah video di aplikasi Tik Tok bagi meluahkan rasa kesalnya terhadap tuduhan yang tidak berasas.

“Ruginya manusia yang tidak pandang kiri kanan atau hari esok bila berkata. Hanya tahu sedap mulut dan tangan nak menulis tanpa fikir perasaan orang lain dan akibatnya.

“Bagaimana kalau ini terjadi pada diri sendiri pula? Pernah terfikir tak? Jadi, gunalah otak, hati dan ilmu.

“Jangan sedap menghukum sahaja tanpa kebenaran sebenar,” tulis Fazura.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga memberikan kata-kata semangat buat Balqis.

“Semoga terus kuat adikku Balqis! Percaya Allah SWT sentiasa melihat dan mendengar. setiap perbuatan pasti ada balasan-Nya.

“Semoga yang bersalah sempat minta maaf atas perbuatan fitnah ini dengan ibu Balqis dan anak-anaknya.

“Jika tidak, jawablah dengan Allah SWT. Semoga kita ambil pengajaran dan menjauhi sifat sifat syaitan,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Balqis turut memberikan reaksi terhadap apa yang dikongsikan Fazura yang tampil bersuara mengenai perkara tersebut.

“Terima kasih banyak-banyak Kak Faz. Semoga Kak Faz dan Fatima selamanya dilindungi daripada kata-kata perit manusia,” balas Balqis.

Baru-baru ini, Balqis ada memuat naik sebuah video bersama ibunya di Tik Tok.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat reaksi negatif segelintir pihak yang mendakwa ibu Balqis mengambil bahan terlarang hanya kerana keadaan matanya yang kelihatan merah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nur Fazura & Puteri Balqis

Published by
Aizam Manaf