Kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu, Hijrah Jannah, pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsikan gambar dia sedang menjayakan babak pernikahan menerusi laman Instagram miliknya.
Rata-rata peminat terpegun dengan kecantikan ibu kepada dua cahaya mata itu yang kelihatan ayu bersimpuh di masjid ketika sesi penggambaran itu dijalankan baru-baru ini.
Menurut mereka, seri ‘pengantin’ terserlah di wajah Puteri Sarah yang memakai busana serba putih.
Malah, tidak kurang juga ada komen-komen ‘nakal’ yang mengusik nasib baik aktres itu tidak menggenakan stokin bola bagi melengkapkan penampilannya untuk babak tersebut.
“Macam ni baru baju nikah cantik, simple tapi sweet.. yang penting tak pakai stokin bola.
“Jangan pakai stokin bola tau sayang.
“Yang penting ini bukan masjid dan tuan kadi dari Thailand dan tak pakai stokin bola,” komen sebahagian netizen.
Menerusi drama Hijrah Jannah itu, Puteri Sarah membawakan watak individu ketiga yang ‘menganggu’ rumah tangga pasangan suami isteri yang dijayakan oleh Remy Ishak dan Daniella Sya.
Terdahulu, isu mengenai stokin bola menjadi topik hangat dalam kalangan netizen selepas madu Puteri Sarah, Ira Kazar didakwa memakai stokin bola semasa majlis pernikahannya dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof yang berlangsung di Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.