Puteri Sarah Berlakon Jalan Cerita Tentang Poligami; “Isteri Pertama, Kedua & Mak Mentua…”

Share

Dari hari ke hari, rezeki pelakon Puteri Sarah Liyana semakin mencurah-curah dan terbaharu dia ditawarkan membintangi drama berjudul Hijrah Jannah.

Menariknya, menerusi kapsyen yang ditulis Sarah, 38, di laman Instagram miliknya, ia memberikan gambaran drama itu bakal menampilkan plot tentang kehidupan poligami.

Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

“Isteri pertama, isteri kedua dan mak mentua,” tulis Sarah.

Rata-rata netizen menyifatkan drama terbaharu yang dibintanginya itu ada sedikit persamaan dengan kehidupan sebenarnya yang hidup bermadu.

Terdahulu pada 7 Mac lalu menerusi prosiding sebutan pertama kes permohonan penceraian, Syamsul enggan menceraikan Sarah kerana percaya masih ada sinar dalam hubungan mereka.

Susulan itu, hakim syarie telah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JPK) dalam kes permohonan penceraian pasangan itu.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar