Pergolakan rumah tangga melibatkan pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sememangnya menjadi perhatian ramai pihak terutamanya pengarah Mat Kilau itu enggan menceraikan isteri pertamanya itu.
Terbaharu, perkongsian video TikTok memaparkan Sarah, 38, gelak besar apabila netizen membuat andaian bahawa percutiannya bersama anak-anak ke Tokyo, Jepun baru-baru ini telah ditaja sepenuhnya oleh Syamsul dengan amaun sebanyak RM1 juta.
Menerusi video tersebut, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkata perkara itu seolah-olah mustahil berlaku apabila menjawab ringkas, “Lambat lagi.”
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka terhibur dengan gelak tawa Sarah yang seolah-olah melepaskan semua apa yang terpendam selama ini.
“The laughter tells so much.
“Sarah bukan ketawa kelakar tapi ketawa pendam dalam. Wajah dia tak happy pun, pendam dalam, deep inside.
Ads
“Keras perut aku gelak sebab dia gelak.
“Luaran nampak happy, dalaman dia sahaja yang tahu.
“Dia macam ha, Sol (Syamsul) bagi RM1 juta, selama ini semua aku sendiri punya duit weh,” komen sebahagian netizen.
Ads
Terdahulu, Sarah bercuti di Jepun bersama dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, pada Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Fasha Sandha menyifatkan perlantikannya sebagai duta Berryfull menerusi jenama Inayah Beauty bukan sekadar rezeki buat dirinya semata-mata.
Malah, Fasha, 39, berkata ia juga secara tidak langsung adalah untuk para peminat yang mempunyai masalah penurunan berat badan.
“Sebelum ini saya juga mengalami masalah penurunan berat badan dan bukan senang ya nak turunkan berat, tambah pula saya dikritik segelintir netizen kerana bertubuh besar.
“Dan apabila dilamar menjadi duta sesebuah produk, mestilah saya nak cuba dulu kan, sebab peminat akan percaya setiap tips atau perkongsian kesihatan kita.
“Alhamdulillah, selepas beberapa bulan, saya dapat lihat perubahan positif terhadap diri saya dan setakat ini sudah berjaya menurunkan 18 kilogram.
“Bila perubahan diri saya sangat ketara, saya pun makin semangat nak kongsi kepada orang ramai bahawa Berryfull sememangnya menjadi,” katanya.
Lebih membanggakan, produk tersebut juga berjaya meraih jualan paling tinggi iaitu lebih 400,000 jar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, secara tidak langsung, kutipan jualan kasar hampir mencecah RM20 juta dalam tempoh tidak sampai setahun bintang cantik itu menjadi wajah wakilan mereka.
“Apabila melihat pembelian sehingga lebih 400,000 jar dalam tempoh tidak sampai setahun pun Fasha menjadi duta kami, saya sendiri terkejut.
“Semua ini bermula apabila kami melamar Fasha pada Ogos 2022 dan selepas dia sendiri cuba produk kami sekaligus dapat melihat perubahan berat yang ketara.
“Jadi dia terus setuju dan kami menandatangani perjanjian pada Disember 2022. Kemudian, perubahan bentuk badan Fasha yang lebih langsing buatkan jualannya terus mencabar naik,” kata Dini optimis menerusi acara Zumba With Fasha Sandha di Ruwang @1 Chopati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ia juga bersempena dengan pembungkusan Berryfull.
Dalam pada itu, Inayah Beauty membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai cabaran kurus 1kg dapat RM1000 dan tempoh cabaran itu bermula 22 Julai sehingga 5 Ogos depan.
Perkembangan mengenainya boleh diikuti menerusi media sosial Inayah Beauty dan Fahsa Sandha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shiqin Kamal menerusi Insta Stories ada meluahkan rasa terhadap sikap seorang pelawak yang didakwa telah melakukan ‘body shaming’ terhadapnya.
Malah bintang itu turut berkongsi mesej yang diterima daripada pelawak yang dimaksudkan kepada kira-kira 117,000 pengkutnya di Instgaram.
“Inilah contoh artis Malaysia yang suka body shaming i.
“Jangan risau aku tak emo pun, cuma aku rasa nak kenalkan kau dekat peminat aku dan hargai usaha kau selama ini,” katanya dengan disusuli emoji senyum.
Sementara itu menerusi muat naik seterusnya, berusia 29 tahun ada menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan individu andai melakukan perkara yang sama, tidak mengira selebriti terkenal atau sebaliknya.
Shiqin pada masa sama ada mendedahkan, ada juga yang sudah berkahwin turut menyentuh soal fizikal dirinya.
Terdahulu, Shiqin atau nama sebenarnya, Nur Ashiqin Mohd Kamal memulakan kerjaya seninya kira-kira 10 tahun lalu dan filem Legenda Budak Setan antara naskhah terawal lakonannya yang mencuri perhatian.
Foto: Instagram Shiqin Kamal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Tilmiz Fahmi atau Muhamad Nurfahmi Zainal, 23, yang dinobatkan sebagai Johan Akademi Qurra’ musim pertama terbitan TV AlHijrah.
Berasal dari Negeri Sembilan, Tilmiz Fahmi turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000.
Sementara itu, Tilmizah Nooraini atau Nooraini Abdullah, 40, diumum sebagai Naib Johan yang membawa pulang hadiah RM15,000 manakala Tilmizah Maghfirah atau Nik Maghfirah Nik Abd Rahman Zaki, 19, ketiga dan membawa pulang hadiah RM10,000.
Berkongsi perasaan, Tilmiz Fahmi memberitahu dia pada mulanya tidak menjangka akan kemenangan ini melihatkan saingan sengit dari rakan peserta lain
“Saya memang tidak jangka akan membawa gelaran Johan Akademi Qurra’ musim pertama. Bagaimanapun dengan kemenangan ini saya mahu memperluaskan lagi pengetahuan al-Quran kepada mereka di luar sana.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa, keluarga dan mereka yang disekeliling saya. Selain itu pihak produksi Akademi Qurra’ selama lapan minggu ini banyak memberi tumpuan kepada tahap kesihatan peserta. Bagi saya suara yang sedap adalah melalui tubuh badan yang sihat,” katanya.
Mengenali ilmu bertarannum seawal umur enam tahun, tambah anak bongsu dari enam adik beradik ini juga akan menggunakan wang kemenangan ini bagi membantu anak-anak muda di luar sana dalam menguasai al-Quran.
“Wang kemenangan ini akan diberikan kepada ibu bapa dan selebihnya akan saya gunakan dalam membantu anak-anak muda di luar sana. Lebih mulia apabila kita juga akan bertemu dengan bulan Ramadan tidak lama lagi,” katanya lagi.
Minggu terakhir Akademi Qurra’ yang menyaksikan lima peserta ini turut mengumumkan Tilmiz Zuhdi atau Muhammad Nur Zuhdi Mohd Daud, 25danTilmiz Akasyah atau Tilmiz Akasyah atau Muhammad Akasyah Md Yunos, 18 berada di kedudukan keempat dan kelima.
Melihat peningkatan prestasi peserta sebagai elemen penting dalam pertandingan ini, menurut juri tetap Akademi Qurra’ Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, secara keseluruhannya markah yang diperoleh peserta pada pentas akhir cukup mengejutkan.
“Ada peserta yang dianggap boleh mendapat markah tertinggi namun gagal diterjemahkan dan sebenarnya inilah realiti sebuah pertandingan.
“Dalam tempoh beberapa minit itulah yang diberi itu adalah medan mereka untuk dinilai, sepanjang lapan minggu ini masih ada peserta yang gagal menguasai tajwid dan kemahiran mengolah tarannum dengan baik,”katanya.
Melihat sambutan yang baik terhadap program yang julung kali diadakan ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, beliau tidak menolak ada pembaharuan yang akan dibuat dalam memastikan program ini kekal relevan untuk tempoh panjang.
“Dari minggu pertama kita melihat peningkatan tontonan, apa yang boleh saya katakana penonton sendiri suka melihat perubahan yang ditunjukkan peserta. Malahsaya jangka Akademi Qurra’ boleh menjadi antara program yang mendapat rating tertinggi terbitan TV AlHijrah.
“Bagaimanapun kami akan terus berbincang dalam mendapatkan maklum balas untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Pastinya dengan sambutan yang diterima program ini akan kembali lagi untuk musim kedua,” jelasnya.
Program Akademi Qurra’ dihoskan oleh Fakhrul UNIC, disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Qari Muhammad Qayyim Nizar dan juri jemputan berbeza pada setiap minggu.
Manakala, Mudarris dan Mudarrisah yang menjadi tulang belakang membimbing semua peserta pula ialah Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Soufizah Mousin.
Turut hadir pada pentas akhir program itu ialah Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...