Sejak konflik rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof hangat diperkatakan, ahli keluarga aktres itu tidak pernah sekali pun dilihat mengeluarkan sebarang kenyataan di mana-mana platform termasuk di media sosial.
Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan ahli keluarga tidak lantang bersuara disebabkan faktor kerjaya mereka, namun tetap menyokong apa yang diperjuangkan aktres tersebut.
“Adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.
“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.
“Selama ini ornag tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan.
Ads
“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” katanya.
Ads
Terdahulu, Sarah telah memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Ads
Sebutan kes mereka akan disebut pada 7 Mac depan.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nadya Syahera lima hari lalu ada memuat naik sekeping foto bersama anak keduanya, Mohamad Dayyan yang bakal menginjak usia setahun bulan hadapan.
Bagaimanapun, perkongsiannya menerusi Instagram itu membuatkan ramai terhibur apabila dia menulis status dengan dialek Kelantan selain turut memberi hint, tidak mahu ‘beri adik lagi’, memadai dengan dua cahaya mata.
“Anok jate kito bule depe cukup setaun, mama toksey bui adik doh, biar dayyan jah jadi adik,” tulisnya sambil disambut dengan komen humor dari netizen.
Tindakan Nabil Ahmad mencampak tanjak yang dipakai ke lantai sewaktu program Muzikal Lawak Superstar mengundang kecaman netizen dan mendapat teguran daripada Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa.
Netizen turut menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab dan tidak menghormati budaya tradisional Melayu.
Pengacara Meletop ini bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di ruang Instagram atas tuntutan Tok Cindai.
“Assalamualaikum, saya Nabil Ahmad. Saya nak membuat permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjuran saya malam tadi di atas pentas Muzikal Lawak Superstar. Tidak menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adab Melayu kita terutama sekali tanjak yang dipakai.
“Saya telah ditegur secara baik oleh Tok Cindai dan seluruh ahli keluarga pengabdi budaya. Saya ingin memohon maaf dan memohon ampun kepada semua yang terguris hati dan perasaan di atas keterlanjuran saya. Saya harap permohonan maaf saya dapat diterima oleh semua,” katanya menerusi video yang dimuat naik.
“Asalamualaikum Tuan Tuan sekalian, saya manusia yang bnyak melakukan kekhilafan dan saya harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran pada saya.
“Hal ini betol2 menperingatkan saya pada Maruah budaya Khemahkotaan bangsa melayu kita..saya Juga memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga balai adat tok cindai Dan semua yg terkesan dengan perbuatan saya, saya personally Amat Malu dengan perbuatan saya malam tadi #maafkansaya,” tulisnya.
Penulis buku, Jonathan dan Farel Mikhail menjelaskan pihaknya tidak ada niat mahu menggunakan populariti usahawan sensasi, Kak KM demi melariskan buku Pesona Kebaya tulisan mereka yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Menurut Jonathan, keberadaan anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri berkenaan adalah sebagai tetamu jemputan dan atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin.
“Terkejut juga apabila ada yang menuduh kami sengaja menjemput Kak KM kerana mahu menggunakan kisah sensasinya bagi melariskan buku Pesona Kebaya. Ada yang cakap, seolah-olah kami mahu menumpang popularitinya dan mempunyai niat tertentu.
“Sejujurnya kami tiada niat nak menggunakan nama Kak KM atau selebriti-selebriti lain yang hadir. Kami sudah anggapnya seperti kakak dan tiada langsung niat mahu mempergunakan mereka untuk menjual buku ini.
“Kami menjemput Kak KM atas dasar persahabatan memandangkan pernah bekerjasama dengan beliau sebelum ini. Lagi pun, inilah masanya untuk berkongsi hari bermakna kami setelah lama impian mahu muncul dengan Pesona Kebaya akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.
Jonathan berkata demikian ketika majlis pelancaran buku Pesona Kebaya terbitan FM Group di Pavilion Damansara Heights, pada Sabtu.
Majlis berkenaan turut menyaksikan Kak KM menggayakan baju kebaya rekaan Jonathan dan Farel Mikhail.
Sementara itu, Jonathan juga meluahkan rasa syukurnya apabila pengusaha jamu itu sudi menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis pelancaran buku tersebut.
“Apabila saya buka saja mulut menjemput ke majlis ini, Kak KM terus menyatakan persetujuan kerana menyokong usaha kami untuk memartabatkan baju kebaya. Iyalah, mungkin tidak ramai orang muda seperti kami yang mahu memartabatkan baju kebaya yang menjadi warisan budaya Malaysia.
“Bagi kami, anak-anak muda memainkan peranan penting dalam meneruskan budaya turun temurun nenek moyang kita. Saya harap buku Pesona Kebaya ini mendapat sambutan ramai kerana ia berkenaan budaya kita. Siapa lagi mahu berbangga dengan budaya kita kalau bukan kita sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, majlis pelancaran diraikan meriah dengan kehadiran rakan selebriti jemputan, rakan media selain persembahan fashion show yang menampilkan kepelbagaian jenis kebaya di negara ini.
Dalam pada itu, Jonathan dan Farel mempunyai sebab tersendiri dalam menghasilkan buku Pesona Kebaya ini.
Malaysia bersama dengan Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah menyerahkan pencalonan bersama bagi pakaian tradisional kebaya ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity bagi tahun 2023.
Ini kerana, kebaya adalah pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Baba Nyonya, Chetti & Jawi) dan lain-lain masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara.
“Ada yang bertanya, kenapa memilih kebaya sedangkan banyak lagi pakaian tradisional lain yang boleh dijadikan buku. Ini kerana, kebaya mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri selain merupakan warisan budaya kita yang harus kita hargai.
“Dalam buku ini, apa yang kami buat adalah untuk memperkasakan baju kebaya yang menjadi budaya Malaysia.
“Kami nak masyarakat tahu kebaya di Malaysia bukan hanya Kebaya Nyonya dan Kebaya pramugari, sebenarnya ada sepuluh lagi jenis kebaya yang kita patut tahu dan perlu diketengahkan.
“Antara kebaya yang saya maksudkan adalah kebaya Perlis, Pahang, Johor-Riau, Kota Bharu dan banyak lagi. Semuanya kebaya tetapi ada perbezaan dan kelebihan tersendiri yang kita semua harus tahu.
“Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar yang mengambil bidang fesyen atau sesiapa sahaja yang meminati fesyen. Mereka boleh melihat perbezaan seperti pola dan cara jahitannya,” katanya.
Jonathan juga bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk mempromosi baju kebaya dalam dan luar negara. Mereka juga mendapat sokongan daripada Jabatan Warisan Negara & Kolej Komuniti Selayang.
“Jika sebelum ini ada yang mendakwa kebaya berasal dari Indonesia atau Thailand sahaja. Sebenarnya ada perbezaan. Menerusi buku ini, masyarakat dapat tahu dan membezakan kebaya Malaysia dengan negara-negara lain. Kebaya Malaysia sudah tentu ada keunikannya tersendiri.
“Sementara itu, kami berharap kerjasama antara FM Group dengan MOTAC ini dapat memperkenalkan lagi kebaya Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...