Pelakon Puteri Sarah berkongsi sebuah status di Insta Stories yang meminta individu untuk tidak memutar belitkan keadaan, sebaliknya selesaikan apa yang berlaku dengan segera.
Bagaimanapun, menerusi status tersebut, ia tidak menyebut nama mana-mana pihak, selain bersetuju dengan komen yang ditinggalkan oleh ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail.
“Ohh tahu sakit? Begitulah juga rasa seorang isteri yang dicurangi. Allah itu Maha Adil. Kalau begitu tak perlu berdamai, lepaskan saja!,” tulis Patimah.
Lalu Puteri Sarah berkongsi;
“Agree with you mama. Tak payah cakap banyak spin sana sini, lepaskan jelah. Simpan lagi buat apa,” luah Puteri Sarah.
Sementara itu, suaminya pengarah Syamsul Yusof membuat satu sidang media pada petang Khamis bagi menjelaskan kemelut rumah tangga yang berlaku dengan isteri pertamanya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini