Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter Bibi yang dilakonan tidak ada kena mengena dengan isu membabitkan rumah tangganya.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berpandangan apa yang dilihat di dalam naskhah terbabit tidak akan terjadi dalam hidupnya.

“Watak Bibi tiada kaitan langsung dengan situasi rumah tangga saya sekarang. Apa yang berlaku dalam Maduku Terpaling Kalut, belum lagi dan tak akan terjadi kepada saya,” katanya kepada MH.

Sarah ditemui sebaik tamat pementasan hari pertama Maduku Terpaling Kalut yang berlangsung di PJ PAC, Petaling Jaya, malam Khamis.

Teater bergenre ‘farce comedy’ itu menampilkan lakonan Sarah sebagai Bibi yang tidak mengetahui dia rupanya bermadu dengan Anna Jobling yang membawakan watak isteri muda, Mimi.

Ads

Berkongsi lanjut mengenai penglibatan pertama dalam teater, Sarah bersyukur apabila ramai memberikan respon positif terhadap persembahannya, malam tadi.

“Alhamdulillah, saya teruja dan gembira sebaik lepas persembahan tadi ramai beri komen positif dan kata mereka terhibur dengan lakonan saya.

“Malah yang buat saya happy ialah apabila keluarga saya termasuk ibu dan bapa mentua datang memberikan sokongan terhadap persembahan teater pertama saya sepanjang bergelar anak seni,” katanya.

Ads

Ibu dan bapa mentua Sarah, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail hadir bersama dua cucu mereka, Syaikhul dan Sumayyah.

Maduku Terpaling Kalut yang diarahkan oleh Azhar Zainal akan dipentaskan sehingga 2 Oktober ini.

Ads

Selain Sarah dan Anna, teater terbitan Mask Team ini turut dibintangi Azrel Ismail, Curly Jow, Syafeq Naser dan Aya Amiruddin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Puteri Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI