Pelakon Puteri Sarah Liyana dan dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah pada pagi Khamis.
Menerusi perkongsian di Insta Story, ahli keluarga Sarah turut menemani dan menghantar dia dan anak-anak ke lapangan terbang.
Sebelum berangkat, Sarah juga sempat membawa kedua-dua anaknya berjumpa dengan ibu dan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail di kediaman pengarah dan penerbit popular itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sarah memuat naik gambar Yusof bersama cucu-cucunya beserta kapsyen, ‘Grandpa’s love’.
View this post on Instagram
Ibu mentua Sarah turut menitip komen mendoakan agar Sarah diberikan kekuatan dan kesabaran sepanjang menjalani ibadah umrah.
“Semoga Allah berikan kesabaran dan kekuatan kepada anakanda Puteri Sarah untuk mengerjkan umrah dengan membawa hati yang telah hancur luluh bersama Syaikhul dan Sumayyah (nyawa penyambung hidupnya),” tulis Patimah.
Sementara itu, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah turut meninggalkan komen, mendoakan perjalanan Sarah dan anak-anak dipermudahkan selain meminta pelakon itu memaklumkan kepadanya sekiranya sudah pulang semula ke tanah air kelak.
View this post on Instagram
“Tok Abah doakan perjalanan umrah kamu dan anak-anak semoga dipermudahkan serta mendapat hikmah sebesarnya ya. Balik Malaysia nanti maklumkan Tok Abah ya nak,” tulis Fadzilah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI