Penyanyi, Amir Jahari mengakui dirinya kini sudah berputus asa untuk menjadikan muzik sebagai pekerjaan utama.

Menurut penyanyi lagu Penghibur Jalanan itu, dia hanya akan memberi fokus sepenuhnya terhadap servis mencipta lagu dan mengusahakan sekolah muziknya sendiri.

View this post on Instagram

Breaking down at my lowest, thank you for all of you yang risaukan aku, aku putus asa jadikan muzik sebagai pekerjaan pertama. Itu sahaja. • Aku nak jadikan Servis buat lagu dan Pondok Seni sebagai sumber utama duit aku sekeluarga, dan muzik aku anggap sebagai hobi, bukan bermaksud aku terus berhenti. • Realitinya mungkin korang semua takkan faham selagi korang tak masuk industri, jom masok industri, aku ajar kat Pondok Seni. • Aku jadikan muzik sebagai hobi dan kalau ada duit baru aku buat. aku dah tak larat nak fikir berat-berat dan akhirnya mengecewakan, baik aku buat lek sudah, korang chill k, jangan ngelabah. • Tapi aku tetap akan hilang satu hari nanti once masanya tiba, sebab aku bertahan sampai selesai hutang dan segalanya dulu ni, selesai je semua dengan rumah sendiri dan sebagainya, aku bakal hilang. • Sebab akhirnya, aku dah sedar yang muzik itu tak perlu dikejar, dunia tak perlu dikejar, kalau benar muzik aku menyembuhkan, manusia akan lari mencari, kalau bukan, ia akan sentiasa terapung sehingga tunggu masanya tiba. • Assalamualaikum semua, jaga diri. Untuk Nusantarasa, kita buat gathering ye nanti, and apa2 aku akan bagitau korang semua dulu💕

A post shared by Amir Jahari (@amirjahariofficial) on

“Breaking down at my lowest, thank you for all of you yang risaukan aku, aku putus asa jadikan muzik sebagai pekerjaan pertama. Itu sahaja.

“Aku nak jadikan Servis buat lagu dan Pondok Seni sebagai sumber utama duit aku sekeluarga, dan muzik aku anggap sebagai hobi, bukan bermaksud aku terus berhenti.

Ads

“Realitinya mungkin korang semua takkan faham selagi korang tak masuk industri, jom masok industri, aku ajar kat Pondok Seni,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Amir menerusi akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Amir menjelaskan bahawa dia tetap akan menjadikan muzik sebagai hobinya dan meminta agar semua pihak faham mengenai situasi yang dialaminya itu.

Ads

“Aku jadikan muzik sebagai hobi dan kalau ada duit baru aku buat. Aku dah tak larat nak fikir berat-berat dan akhirnya mengecewakan, baik aku buat lek sudah, korang chill k, jangan ngelabah.

“Tapi aku tetap akan hilang satu hari nanti once masanya tiba, sebab aku bertahan sampai selesai hutang dan segalanya dulu ni, selesai je semua dengan rumah sendiri dan sebagainya, aku bakal hilang.

“Sebab akhirnya, aku dah sedar yang muzik itu tak perlu dikejar, dunia tak perlu dikejar, kalau benar muzik aku menyembuhkan, manusia akan lari mencari, kalau bukan, ia akan sentiasa terapung sehingga tunggu masanya tiba.

Ads

“Assalamualaikum semua, jaga diri. Untuk Nusantarasa, kita buat gathering ye nanti, and apa-apa aku akan bagitau korang semua dulu,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih terhadap pengumuman tersebut selain turut mendoakan segala urusan Amir selepas ini dipermudahkan.

“Putus Asa Jadikan Muzik Sebagai Pekerjaan Pertama,” – Amir Jahari  “Putus Asa Jadikan Muzik Sebagai Pekerjaan Pertama,” – Amir Jahari  “Putus Asa Jadikan Muzik Sebagai Pekerjaan Pertama,” – Amir Jahari 

Sumber: Instagram Amir Jahari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI