
Penyanyi dan pelakon Datuk Awie mendoakan yang terbaik buat rakannya, Erra Fazira dan mengakui kuat sekiranya benar dia dikatakan sudah putus cinta.
Pada masa sama, dia turut mendoakan aktres tersebut dan yang lainnya berjaya dunia akhirat.
Bagaimanapun menurut Awie, dia tidak pasti sama ada Erra benar-benar putus cinta atau tidak.
“Putus cinta? Betul ke? Korang memandai-mandai je. Kalau bercinta, Alhamdulillah. Soal jodoh ini sebenarnya di tangan Allah. Tapi kalau putus pun, itu kehendak Allah.
“Saya percaya Erra kuat dan dia akan temui jalan dia sendiri nanti. Sebagai seorang sahabat dan rakan, saya sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Saya juga sentiasa mendoakan buat rakan-rakan yang lain supaya mereka turut berjaya di dunia dan akhirat,” Katanya kepada MH.
Terdahulu, Awie ditemui pada majlis tayangan filem Bikers Kental 2 yang diadakan di TGV Sunway Velocity Mall. Filem hebat itu akan menemui penonton di seluruh panggung wayang di Malaysia pada 14 Mac depan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow! Tak Sangka Datuk Rafiena Ada Adik Yang Manis Dengan Senyuman. Rupa-Rupanya…

Pelakon dan pengarah, Datuk Rafiena Ezanee Ramli sering berkongsi gambar bersama adik perempuanya dikenali sebagai Fazriena Ezwanie.
Fazriena, 21, merupakan bintang media sosial (Instafamous) yang memiliki hampir 100,000 pengikut.
View this post on InstagramMe and my lovely sista @fazriena_ezwanie 😘😍 #happy weekend uolss🤗 #positiveenergyfamily
A post shared by Dato'Tun Puteh Rafiena Ezanee (@datorafiena) on
Sering berkongsi foto dan menggayakan fesyen OOTD di Instagram miliknya, Fazriena tampil menawan dan ‘catchy’ dengan keperibadiannya tersendiri.
Malah, gadis tersebut sering berkongsi gambar bersama kakaknya, Rafiena.
View this post on Instagramrambut tersekat pulak dkt telinga
A post shared by 🌻 (@fazriena_ezwanie) on
View this post on Instagramyour wings already exist 🦋 all you have to do is fly 🧚🏻♀️✨
A post shared by 🌻 (@fazriena_ezwanie) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan pandangan masing-masing terhadap kedua beradik itu.
Foto : Instagram Fazriena Ezwanie/ Dato Rafiena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Okay, Terima Kasih Bagi Yang Mendoakan…,” – Datin Alyah

Dua tiga hari ini, kecoh dunia hiburan tanah air apabila isteri pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS iaitu penyanyi Datin Alyah yang ibaratnya ‘mengamuk’ di media sosial melibatkan suaminya.
Bagaimanapun semalam, penyanyi yang kini popular menerusi lagu Jutaan Purnama itu meminta maaf dan mengakui akan khilafnya terhadap apa yang berlaku.
Malah tulisnya lagi, dia selepas ini tidak akan memberikan apa-apa komen atau reaksi andai ditanya mengenai diri dan suami selepas ini.
Berkongsi perkara tersebut, Alyah memberitahu dia baik-baik sahaja dan meneruskan kerjaya seperti biasa.
“Saya okay, terima kasih bagi semua yang mendoakan. Terima banyak sangat teks dan ucapan sampai tak sempat saya nak balas satu persatu. Saya hargainya. Kerja macam biasalah,” katanya kepada MH.
Difahamkan ketika ini, suaminya mempunyai urusan di Singapura selama beberapa hari.
View this post on InstagramA post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya… Dia Public Figure Tapi Bukan 100% Milik Public,” – Amir Ahnaf Kena Tuduh Sombong Sebab Tak Mahu Bergambar, Netizen Back Up!

Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf hangat diperkatakan netizen susulan keluhan seorang peminat yang dikatakan kecewa kerana tidak dapat bergambar dengan pelakon tersebut selepas selesai konsert Big Stage 2023 pada Ahad.
Malah, individu tersebut turut mendakwa Amir langsung tidak mempedulikan mereka meskipun telah berusaha untuk menunggunya di kawasan tempat letak kereta.
Individu tersebut bersama dua orang rakannya akui tidak menyangka yang Amir sanggup berkelakuan sedemikian terhadap peminat.
Keluhan yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok itu kemudiannya tular diseluruh platform media sosial.
Bagaimanapun, pendedahan individu berkenaan nyata mendapat kritikan daripada netizen yang menyifatkan mereka seakan tidak menghormati keadaan Amir yang difaham sedang penat pada ketika itu.
Malah, mereka turut menyifatkan Amir berhak mempunyai ruang privasinya sendiri.
“Kudrat manusia ada limit. Kerja tanpa henti. Non stop. Kalau dorang kata penat, cuba hormat. Mungkin bukan rezeki. Ada rezeki lain, insyaAllah ada. Jangan jadi macam ni. Ye dia public figure tapi bukan milik public 100%.
“Harga yang perlu dibayar untuk bergelar public figure. Kerja kena layan peminat sahaja. Tak senyum atau layan, kata berlagak. Kemudian muat naik stories panjang-panjang dekat sosial media. Lepas tu mai pulak trend nicest and rudest celebrities. Mereka pun manusia kot. Boleh penat, boleh bad mood. Takkan 24/7 nak layan peminat saja?
“Baca kat twitter ritu, rasa annoying. Dia pun manusia, dia pun penat. Dia pun ada hak nak atau tanak layan. Even body guard pun dah kata macam tu.
“Jenis obses pastu kena palau and sakit hati,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Amir hadir ke konsert Big Stage 2023 selaku Presiden Netizen bagi konsert minggu ke-5.
Sekadar indormasi, Amir merupakan bintang kelahiran Hero Remaja 2021 sezaman dengan Mierul Aiman, Fazziq Muqris dan Aqil Taqee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI