Penyanyi dan pelakon Datuk Awie mendoakan yang terbaik buat rakannya, Erra Fazira dan mengakui kuat sekiranya benar dia dikatakan sudah putus cinta.
Pada masa sama, dia turut mendoakan aktres tersebut dan yang lainnya berjaya dunia akhirat.
Bagaimanapun menurut Awie, dia tidak pasti sama ada Erra benar-benar putus cinta atau tidak.
“Putus cinta? Betul ke? Korang memandai-mandai je. Kalau bercinta, Alhamdulillah. Soal jodoh ini sebenarnya di tangan Allah. Tapi kalau putus pun, itu kehendak Allah.
“Saya percaya Erra kuat dan dia akan temui jalan dia sendiri nanti. Sebagai seorang sahabat dan rakan, saya sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Saya juga sentiasa mendoakan buat rakan-rakan yang lain supaya mereka turut berjaya di dunia dan akhirat,” Katanya kepada MH.
Terdahulu, Awie ditemui pada majlis tayangan filem Bikers Kental 2 yang diadakan di TGV Sunway Velocity Mall. Filem hebat itu akan menemui penonton di seluruh panggung wayang di Malaysia pada 14 Mac depan.