Penyanyi Shila Amzah menyifatkan tindakan memutuskan hubungan dengan sahabat baik merupakan perkara yang biasa berlaku di dalam kehidupan.
Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahilah Amir Hamzah akui sedikit terkilan apabila tali persahabatan yang dibina sejak sekian lama terputus begitu sahaja.
“Putus sahabat ni normal bila mencecah usia 30-an tapi tak pernah sangka kawan berbelas tahun pun boleh putus,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Memori Tercipta itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Bagaimanapun, Shila menganggap kehilangan sahabat pada usia yang lebih matang membuatkan kita lebih berdamai dengan takdir.
“Namun, bila ia berlaku ketika usia 30-an, kita lagi senang terima. Bila dapat tahu kebenaran tentang sesuatu, kita sudah tiada tenaga nak minta penjelasan.
“Jalan terus dan tak balik lagi,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh Shila selain turut menyifatkan persahabatan yang dipenuhi semangat toksik lebih memenatkan.
“Betul sangat. Tak perlu penjelasan pun. Penjelasan pun tidak akan dapat mengubah apa-apa.
“Setuju. Tiada yang kekal di dalam dunia ini. In Sha Allah ada hal yang lebih baik menanti pada masa hadapan.
“Saya juga merasakan hal yang sama. Teruskan sahaja kehidupan. Hidup kita adalah milik kita.
“Ada kalanya matlamat, prinsip dan semangat kita sudah tidak selari. Jadi, kita kena bawa diri kita sendiri.
“Saya rasa tenang bila sudah hilang kawan yang jenis talam dua muka,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, ketika ini, Shila masih lagi di dalam proses berpantang selepas selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sekadar informasi, Shila telah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh, Ubai pada tanggal 5 Ogos 2023 selepas bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022, selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Thread & Instagram Shila Amzah