Isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengambil keputusan untuk tidak memulangkan anak angkatnya, Qayyum kepada ibu kandungnya.
Katanya, dia mengambil keputusan itu setelah memikirkan perasaan Qayyum serta anaknya itu bukanlah bola yang boleh dicampak sana sini.
“Qayyum saya tak akan pulang, sebab dia bukan bola, bila xnak dia bagi bila nak, ambil semula.
“Saya perlu fikirkan perasaan Qayyum, bukan perasaan saya dan bukan perasaan mak dia, bila dah kenal orang dan kemudian saya bg pada org yg dia xkenali.
Ads
“Saya pun bukan sempurna juga xcukup baik utk jaga Qayyum, tapi saya tahu Allah itu lebih pandai menilai.
“Kalau pasal bibik nak jadikan isu, bukan dia tak kenal bibik saya, siapa yang layan dia yg jaga dia waktu di rumah saya, siap bermanja dengan bibik tu, melayan makan minum dia.
“Tapi bila Qayyum besar, dia boleh cari mak dia sbb ia kena tahu siapa dia dan siapa ibu dia. Tugas saya membesar dan mendidik dia, bg dia yg terbaik, sama mcm cmm mana saya garang dgn anak saya, mcm mana saya pastikan anak saya dgr cakap, saya buat benda yang sama.
Ads
“Tq for advice semua, saya baca satu-satu saya nilai. Inilah yang terbaik,” tulisnya di laman Instagramnya, semalam.
Sebelum ini, baik Shahida dan suaminya, Aliff berkongsi kesedihan mereka apabila ibu kandung Qayyum meminta semula anaknya berikutan isu kononnya Qayyum didera pengasuhnya dahulu.
Namun, isu tersebut kemudiannya telah diterangkan oleh Aliff dan Shahida menerusi laman Instagram mereka.
Foto/Instagram: DS Nur Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Bagai terbuai-buai. Alhamdulillah, pada hari jumaat yang mulia ini. Tunggu dari tahun 2021, tahun ni dah siap.
“Kena usaha dan kerja lebih kuat lagi. Nak kene bayar rumah pula,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Intan Payung itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Bunga turut menyeru semua pihak untuk terus berjuang dan mengejar impian meskipun ramai pihak yang tidak percaya dengan kemampuan diri kita.
“Semoga yang melihat posting ini, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan
“Ketepikan apa orang kata, orang boleh cakap 1001 kekurangan apa yang kita buat, kita boleh dengar pendapat mereka tapi kita lah yang buat keputusan untuk hidup dan diri kita.
“Jadi, jalan terus! No simpang simpang! Kita je tahu diri kita,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Bunga.
“Diam-diam awak buat sampai jadi. Awak inspirasi saya. Tahniah Bunga.
“Tahniah Bunga. Teruskan berjuang.
“Alhamdulillah. Jalan terus sis. Suka tengok,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Bunga memulakan kerjaya seninya pada tahun 2018 dan melancarkan single pertama yang berjudul ‘Bunga’ pada 2019.
Sejak daripada itu, kerjaya Bunga semakin mendapat perhatian ramai sehingga berpeluang menjadi artis tempatan yang terpilih untuk mengadakan persembahan pembukaan untuk konsert band popular antarabangsa, Coldplay di Kuala Lumpur pada 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi khabar kurang gembira apabila memaklumkan anak dan juga bekas isterinya, Mawar Karim kini dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada 1 Januari lalu.
Menurut Fizo, Mawar dan juga anaknya, Wan Maryam kini sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Hospital Malaya sejak semalam.
“Assalamualaikum wbt, seperti mana yang saya bagi tahu sebelum ini, anak saya, Wan Maryam daj uga bekas isteri saya Mawar telah pun disahkan berjangkit Covid-19 pada 1 Januari 2021. Saya harpkan semua pihak dapat doakan yang terbaik. Sekarang ini, Mawar dan Maryam menjalani rawatan dan berehat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan hari ini merupakan hari yang kedua.
“Keadaan masih lagi terkawal tetapi Mawar didapati ada mengalami simptom-simptom batuk, sakit dada, sesak nafas danjuga hilang deria rasa. Tapi Maryam masih lagi normal dan aktif berlari macam tiada apa-apa. Hopefully Maryam kuat.
“Sebagai bapa saya tak tahu nak buat apa, maksud saya bila saya kata begitu bila saya dapat tahu, kita tak boleh salahkan mana-mana pihak. Tiada siapa nak anak mereka dijangkiti Covid-19 sebab benda ni kita tak nampak,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pengantin Satu Malam itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Fizo menjelaskan ujian ini amat berat bagi dirinya lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya diwaktu sukar ini.
“Walaupun, saya dan Mawar terlalu berjaga tak bawa anak keluar merata. Kalau keluar hanya ada urusan penting. Sanitize dan cuci tangan. Pakai mask lagi. Tetapi benda nak jadi. Segalanya kerana izin Allah.
“Saya harap sangat ada himah disebaliknya dan saya juga berharap doa daripada anda semua supaya Maryam dan Mawar kuat. Saya berasa syukur juga sekurang-kurangnya Maryam dapat duduk sama-sama dengan Mawar. Bila ibu dan anak kena sekali at least mereka dapat duduk sekali. Itu yang membuatkan saya sedikit lega.
“Saya tak boleh bayangkan kalau Maryam sorang-sorang kena admit. Saya rasa sangat speechless dan saja juga tak boleh nak buat apa-apa. Saya tak boleh pergi tengok. Saya hanya tengok video sahaja anak saya naik ambulans,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Fizo turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir masyarakat yang mengambil mudah mengenai wabak ini sehingga jumlah bilangan kes meningkat secara mendadak saban hari.
“Korang mungkin tak rasa lagi. Korang yang tak ambil berat pasal SOP atau ambil mudah fasal Covid-19, korang tak rasa apa saya rasa. Bila tengok anak korang result positive, the moment positive tu kau dah tak boleh nak buat apa dah. Nak tengok tak boleh nak pegang juga tak boleh.
“Bayangkan orang yang anda sayang kena naik ambulan kena kurung dekat hospital. Hantar makanan pun tak boleh. Saya harap anda faham apa yang saya nak sampaikan. Tolong jaga SOP. Jangan ambil mudah. Kita sedar fasal SOP tapi kita ambil ringan sebab tak kena dekat kita. Bila dah kena dekat diri saya, saya harap semua orang dapat mengambil berat sebab kes pun makin lama makin naik,” luahnya.
Bagaimanapun, Fizo tetap reda dengan ujian tersebut selain turut berharap agar anak dan juga bekas isterinya itu lekas sembuh
“Saya hanya mampu berdoa semoga Allah berikan kekuatan kepada saya. Sembuhkanlah Maryam dan juga bekas isteri saya secepat mungkin. Semoga Allah dapat tarik musibah ni di Malaysia mahupun seluruh dunia,” akhirinya.
Sumber: Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun hanya setahun bergelar hos program Melodi, pelakon dan pengacara, Nabila Huda mendedahkan dirinya tidak berasa hati apabila posisinya itu digantikan rakan selebriti, Ain Edruce.
Menurut Nabila, dia menghormati keputusan pihak pengurusan dan percaya Ain mampu memberikan yang terbaik sepanjang mengacarakan program tersebut.
“Bila Ain diumumkan sebagai hos, saya okay sahaja. Lagipun, saya memang baik dengan Ain dan tiada masalah dengan dia. Ain memang seorang pengacara. Jadi, saya tahu dia boleh menyerlah untuk mengacarakan program Melodi kerana dia memang hos professional.
“Saya tiada rasa apa-apapun. Bila kontrak saya tamat, pihak Melodi pun beritahu tentang perancangan mereka. Ain pun ada menghubungi saya untuk bertanyakan selok belok menjadi hos Melodi.
“Dia juga sangat teruja dapat peluang seperti ini. Saya cakap dekat dia, selagi usia masih muda dan rezeki itu ada, buat je,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Munafik itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk makanan tambahan milikinya, Frutti Tutti baru-baru ini.
Jelas Nabila lagi, dia juga sebenarnya sudah terbiasa dengan senario sebagai anak seni yang sering beralih daripada satu projek ke projek yang lain
“Saya merupakan seorang pelakon. Jadi, saya tiada sikit pun rasa cemburu, sakit hati atau tak puas hati. Bila berlakon, kita memang dah biasa bila habis sesuatu projek tu sama ada dalam 30 hari atau tiga bulan, kita beralih kepada job lain pula. No hard feeling.
“Kesemua orang atasan di Media Prima pun tak pernah bawa amasalah untuk saya dan saya pun tak pernah buat masalah dengan mereka. Apa yang saya tahu, bila mereka berikan saya kerja, saya bagi 100 peratus tanpa merungut tentang apa-apa perkara pun,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search ini turut menyifatkan peluang menjadi hos Melodi merupakan antara pengalaman terindah sepanjang bergelar anak seni.
Pada saya, bidang pengacaraan ini hanyalah kerjaya sampingan. Sebelum ini, saya banyak mengacarakan program travelogue. Kemudian, bila saya buat Melodi selama setahun, program ini mengajar saya untuk mengatasi ketakutan bercakap dikhalayak ramai atau hadapan kamera.
“Mungkin ada yang ingat pelakon ni senang je nak berhadapan dengan kamera tapi sebenarnya tidak. Cubalah tanya rakan-rakan pelakon yang lain, boleh tak mereka jadi hos? Tak semua akan terima sebab kita ada perasaan gugup tu. Mereka pasti akan fikir dua tiga kali untuk terima.
“Untuk Melodi, saya keluar daripada zon selesa saya. Saya buat sejak daripada PKP dan saya kena usaha untuk bersiaran langsung secara atas talian di rumah. Saya dan team Melodi pun tak pernah buat semua tu dan kita grow sama-sama.
“Melodi adalah kenangan indah yang tertulis dalam perjalanan kerjaya saya,” akhirinya.
Mengulas lanjut mengenai produk Frutti Tutti, Nabila berkata, ia adalah makanan tambahan berasaskan serat epal selain mengandungi nutrien yang sesuai untuk pembersihan tubuh badan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
RPM Beri Amaran: Henti Jual Rakaman Haram Konsert Wings!
Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim, memberi amaran keras kepada pihak tidak...