Pelakon Indonesia, Acha Septriasa menyifatkan watak Azizah yang dibawanya dalam filem seram terbaharu Qodrat 2 telah memberikan impak besar terhadap kehidupannya sebagai seorang Muslim.
Menurut Acha, penglibatannya dalam filem berkenaan bukan sahaja mencabar dari segi lakonan, malah turut membawa perubahan positif dalam pemahaman dan penghayatannya terhadap ajaran Islam, termasuk dalam solat.
“Sekarang saya lebih faham tentang makna-makna bacaan di dalam solat dan dalam filem ini, babak solat taubat memainkan peranan penting dan kunci kepada penceritaan watak Azizah.
“Sebelum ini, mungkin bacaan solat saya belum begitu sempurna dan belum terlalu faham akan maksudnya. Melalui filem ini, ia mengajar saya tentang cara solat dengan lebih baik.
“Ternyata watak Azizah ini memberikan berkah yang panjang dalam hidup saya. Saya tidak perlu ‘buang’ watak ini selepas selesai penggambaran. Saya hanya perlu teruskan sahaja,” katanya kepada MH.
Acha berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam gala dan tayangan perdana filem Qodrat 2 di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Impian Termakbul
Katanya lagi, dia menganggap tawaran berlakon di dalam karya ini seperti doa yang telah dijawab Allah SWT.
“Sebelum menerima tawaran ini, saya bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT ketika solat Asar. Saya mohon agar diberikan tawaran pekerjaan yang saya suka dan mendekatkan diri ini kepadaNya.
“10 minit kemudian, doa saya dijawab. Saya dapat panggilan daripada pengarah Qodrat 2. Dia mahu saya melakonkan watak isteri kepada Ustaz Qodrat.
“Saya kembali ke Jakarta ketika pelakon lain sudah lama menjalani penggambaran.
Ads
“Kata pengarah, ketika mereka menelefon saya, kesemua pihak tertinggi produksi teringat nama saya. Pada saya, ia seperti keajaiban,” ujarnya lagi.
Syukur Tiada Gangguan Mistik
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mendedahkan dia tidak ada menerima gangguan sepanjang penggambaran kerana para pelakon akan dijaga Ustaz oleh pihak produksi.
“Sepanjang penggambaran, saya tidak mengalami sebarang gangguan. Kami memang dijaga oleh ustaz yang khusus dalam ilmu ruqyah.
“Namun, beliau pernah memberikan saya sebotol air minuman yang telah dibacakan doa dan ayat suci. Saya minum air tersebut.
Ads
“Kata ustaz, ketika penggambaran, energi saya pada waktu itu terlalu besar sehingga menjadi magnet dan menarik makluk-mahluk ghaib yang ada di sekitar. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” katanya lagi.
Insiden Skrin Terpadam Waktu Tayangan Di KLCC
Ketika filem Qodrat 2 sedang ditayangkan di panggung utama pada Rabu, skrin secara tiba-tiba bertukar gelap dan tayangan terpaksa dihentikan sementara.
Paling mengejutkan insiden tersebut berlaku ketika babak Azizah sedang membaca doa iftitah sewaktu Solat Taubat.
Lantaran itu, tayangan terpaksa dimulakan semula selepas pihak panggung wayang mengenal pasti masalah yang berlaku.
Qodrat 2 yang juga filem kerjasama di antara Astro Shaw dan Magma Entrainment sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Selain Acha, naskhah arahan Charles Gozali bersama Imron Ayikayu ini turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Vino G. Bastian, Della Dartyan, Donny Alamsyah, Hana Saraswati dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena program Jelajah Bola Sinar di Kelantan hujung minggu lalu, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu bersyukur kerana sempat menziarahi pusara agamawan dan tokoh politik, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkhuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu.
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama lengkap Muhd Nadzri Zainal Abidin, 37 ini memaklumkan dia sebenar sudah lama berhajat untuk menjejakkan kaki di tempat bersejarah tersebut.
“Alhamdulillah hajat tercapai. Al-fatihah buat yang disayangi ramai Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-fatihah,” tulisnya.
Ketika di pusara, Jep yang turut ditemani rakan pelawak, Rahim dan Ilya turut dilihat meluangkan masa untuk bertafakur dan manjatkan doa buat Almarhum Tok Guru Nik Aziz.
Pada masa sama, suami kepada pelakon, Sari Yanti ini juga sempat melawat masjid yang dibangunkan oleh arwah Tok Guru sambil disertai oleh anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan menzahirkan rasa sayu dan meluahkan rasa rindu terhadap almarhum Tok Guru Nik Aziz.
“MasyaAllah, hayat dan kematiannya. Kesederhanaan yang terpapar. Insafnya rasa.
“Alhamdulilah, masih ada artis yang cintakan ulamak. Semoga hidup kita menjadi satu keberkatan di dunia dan akhirat.
Pelakon asal Perancis, Gaspard Ulliel telah meninggal dunia pada usia 37 tahun akibat kemalangan ski.
Gaspard yang terkenal membawa watak sebagai Hannibal Lecter dalam filem Hannibal Rising dikatakan telah bermain ski di wilayah Savoie pada hari Selasa yang mana dia telah bertembung dengan pemain ski lain.
Akibat insiden pertembungan tersebut, dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Walaubagaimanapun pemain ski yang lain tidak mengalami kecederaan serius dan kini siasatan sedang dijalankan.
Gabriel merupakan salah seorang pelakon terkenal Perancis pernah memainkan watak pereka fesyen Yves Saint Laurent dalam filem biopik mengenai kehidupan pereka fesyen terkenal itu.
Sumber gambar: Chanel
Selain berlakon dia juga merupakan seorang model pilihan banyak jenama terkenal. Antaranya, dia merupakan wajah kepada wangian Bleu de Chanel dan turut muncul untuk iklan televisyen wangian tersebut.
Antara projek terbaharunya yang belum ditayangkan adalah siri TV Marvel, Moon Knight yang bakal dipertontonkan peada umum mulai Mac 2022 di saluran penstriman Disney+.
Gaspard meninggalkan seorang anak lelaki hasil perkongsian hidupnya bersama kekasih, Gaelle Petri yang merupakan seorang peragawati.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pernah menyuarakan hasrat berhenti daripada industri lakonan, Syed Ali mengakui waktu itu dia dilanda rasa kecewa gara-gara seringkali dianaktiri dalam soal bayaran, malah pihak produksi sering menjanjikan bulan dan bintang sewaktu memberi tawaran.
Ulasnya lagi, harga yang diletakkan sangat berpatutan dan tidak sepatutnya menjadi isu.
“Saya pernah menyuarakan untuk berhenti daripada dunia lakonan. Bukannya terlalu mengikut perasaan namun saya kecewa apabila penerbit tawarkan bulan dan bintang, namun apabila saya kemukakan jumlah bayaran, semuanya senyap tanpa sebarang respon.
“Sepanjang 13 tahun dalam industri, perkara ini sering berlaku dan buat saya kecewa. Ia bukan kerana isu bayaran namun layanan yang diberikan. Bukan berhenti berlakon tapi merajuk.
“Harga yang saya letakkan sangat berpatutan dan saya tidak pernah demand. Dan apabila timbul isu sebegini, saya saya lebih baik saya berhenti berlakon dan tumpukan kepada perniagaan,” ulasnya.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Pelancaran Dan Tayangan Teaser Filem Amukan Kuntilanak di Ruang, Shah Alam semalam.
Namun, apa yang mengelirukan pelakon berusia 34 tahun ini, apabila dia mula meninggalkan dunia seni, tawaran yang datang semakin lebat.
Cuma ulasnya, buat masa ini dia lebih senang menumpukan perhatian kepada perniagaan.
“Namun, apabila saya melarikan diri, industri pula mula mengejar. Datang pelbagai tawaran, namun saya mahu mengehadkan penglibatan.
“Namun saya tidak berhenti berlakon, cuma ada menyatakan hasrat.
“Dan saya tidak mahu terlalu bergantung semata-mata kepada lakonan, disebabkan itu timbul idea memulakan perniagaan sendiri. Syukur ia semakin membuahkan hasil. Sedangkan nama besar dalam industri digelar sendu, apatah lagi saya yang kerdil ini. Jangan perniagaan adalah persediaan,” tegasnya lagi.
Mengakui agak lantang meluahkan apa yang terpendam sehingga mungkin ada yang terasa hati, namun dia yakin rezeki adalah ketentuan Allah. Malah tambahnya, dia tidak mahu menaikkan populariti dengan kontroversi keterlaluan seperti yang dilakukan selebriti lain.
“Sebelum ini saya ada menyuarakan beberapa perkara mengenai berhenti berlakon dan isu bayaran. Ada yang katakan saya cukup lantang bersuara dan mungkin diban, namun saya tidak takut. Rezeki datang daripada Allah SWT.
“Ada juga kawan selebriti saya yang cuba naikkan semula nama dalam industri dengan cipta kontroversi dengan harapan peminat akan nampak, namun saya tak mahu begitu,” jelasnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penganjuran Makar Fest bukan sekadar sebuah karnival makanan dan gaya hidup, sebaliknya menjadi platform untuk menghargai ikon muzik tanah air.
Menjawab dakwaan kononnya festival ini...