Mahkamah Rayuan Persekutuan AS pada hari Rabu telah menolak rayuan R. Kelly dan mengekalkan sabitan ke atas kesalahan pemerdagangan seks serta pemerasan yang melibatkan wanita dan gadis bawah umur.

Menerusi keputusan ini, bekas bintang R&B itu akan terus meringkuk dalam penjara untuk tempoh yang panjang.

Menurut laporan, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Litar Ke-2 di Manhattan menolak dakwaan peguam penyanyi itu yang mendakwa pendakwa gagal membuktikan R. Kelly terlibat dalam rangkaian jenayah pemerdagangan manusia.

Ada Bukti Kukuh & Meluas

Hakim Denny Chin menegaskan bahawa terdapat “bukti kukuh dan meluas” yang menunjukkan bagaimana R. Kelly memperdaya dan mengawal kehidupan mangsa-mangsanya dengan menggunakan penderaan fizikal, mental dan ugutan.

Ads

Penyanyi berusia 58 tahun yang pernah digelar ‘King of R&B’ melalui lagu hits seperti I Believe I Can Fly itu telah dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun selepas didapati bersalah pada 2021 dan melanggar Akta Mann yang melarang perbuatan membawa individu merentasi sempadan negeri untuk tujuan pelacuran.

Namun, usaha untuk melepaskan diri dari hukuman berat ini tidak berhasil apabila rayuannya ditolak oleh mahkamah.

R. Kelly Kekal Dipenjara 30 Tahun Atas Jenayah Pemerdagangan Seks
Wajah terkini R.Kelly ketika perbicaraan

Peguam Bela Bantah Rayuan

Peguamnya, Jennifer Bonjean, membantah keputusan ini dan berpendapat bahawa kerajaan AS telah menyalahgunakan Akta RICO, yang sepatutnya digunakan untuk jenayah terancang, bukan kes jenayah individu seperti ini.

Ads

Meskipun begitu, pihak pendakwaan enggan memberikan komen lanjut berkenaan keputusan mahkamah.

Dalam perbicaraan sebelum ini, seramai 45 saksi pendakwaan tampil untuk memberi keterangan tentang bagaimana R. Kelly didakwa mengawal mangsa-mangsanya.

Antara kawalan tersebut seperti mereka perlu meminta kebenaran untuk makan, ke tandas, malah dipaksa menulis “surat permohonan maaf” bagi membebaskannya daripada sebarang salah laku.

Ads

Dengan keputusan ini, R. Kelly akan terus menjalani hukuman penjara di Butner, North Carolina, di mana dia hanya akan layak untuk dibebaskan pada tahun 2045 ketika berusia 78 tahun.

BACA JUGA: Penyanyi ‘I Believe, I Can Fly’ Disabit Kesalahan Isu Pemerdagangan Seks

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI