Penyampai radio dan hos, Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Effendi mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan lelong amal sebahagian kasut miliknya khusus bagi membantu golongan memerlukan serta agihan topeng muka dan sanitiser buat barisan ‘frontliners’.
Menerusi rakaman video yang dimuat naiknya di IG TV, sesi berkenaan akan dilakukannya hari ini pada sesi IG Live.
Radin antara lain turut memberitahu, 100 peratus hasil jualan akan disalurkan kepada mereka yang terlibat dan dia turut akan mengadakan soalan kuiz dan pemenang akan diberi hadiah berupa wang ringgit.
“Assalammualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan & kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga.
“Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners.
“Lelongan Amal ini akan berlangsung esok, Isnin, jam 9 malam di Instagram saya. Saya bukan kaya, tapi saya pernah merasa tiada,” tulis Radin pada ruangan kapsyen.
Idea murninya itu turut mendapat pujian rakan dan sokongan tersebut disampaikan mereka menerusi ruangan komen pada entri berkenaan.
Foto: Instagram Radin Era
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Please Do Recite The Al-Fatihah…,” – Genap 10 Tahun, Lisa Surihani Imbau Memori Bersama Arwah Bapa
Semalam genap 10 tahun pemergian arwah bapa Lisa Surihani iaitu Mohamed Mahbob mengadap Ilahi (23.01.1947-31.10.2008).
Lisa turut berkongsi gambar throwback arwah bapanya menerusi Instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
“Today , 10 years ago I went for a photoshoot for a magazine at Hartamas. When we got back at Auntie Mai’s, the first thing you said was “Now I can baring..” You waited for me and Mommy. All of us would have never guessed you were going to a better place. One of the last thing you said was “Allah.. is all that matters now”. You passed on in my arms in the midst of your doa and zikir. You knew it was time, Dad.
Allah knows how much we miss you so. I love you forever today. Constantly. Deep in my heart. Mohamed bin Mahbob, Kintan@Bob, Bobob, Daddy, Che Mat and Cliff Richard Malaysia (23.01.1947-31.10.2008) please do recite the Al-Fatihah for my dear Father as sadaqah jariah. May Arwah be placed amongst the pious and may you be blessed for your kind deed in reciting this surah for Arwah,” tulisnya.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar arwah bapa Lisa ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Selain itu, Lisa turut berkongsi foto apabila dia dan ahli keluarga mengadakan doa tahlil buat arwah bapanya malam tadi
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
Oleh itu, mari sama-sama sedekehkan Al-Fatihah buat arwah Mohamed Mahbob. Al-Fatihah
Foto : Instagram Lisa Surihani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Heartbreak’ Bukan Selamanya! Rugi Tutup Pintu Hati, Zulin Aziz Titip Cara ‘Move On’
Isi Kandungan
TogglePerasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Hati seolah rasa dihempas dan hancur berderai. Untuk mencantumkannya kembali mungkin mengambil masa yang lama.
Malah, ada juga yang bertekad untuk terus menutup pintu hati kerana tidak mampu menerima hakikatnya yang memeritkan.
Sama seperti artis terkenal, Zulin Aziz yang juga pernah mengalami patah hati dalam satu episod cinta yang memeritkan sebelum dipertemukan dengan cinta sejati, Farhan Norzaini.
Menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya, Zulin pernah berkongsikan bagaimana cara yang dilakukanya untuk ‘move on’ dan meneruskan kembali kehidupan hingga pandangan berkenaan menjadi inspirasi kepada kaum hawa.
Jangan Biarkan ‘Luka’ Di Hati Tak Di Rawat!
“Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah. Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu.
“Apa yang boleh saya katakan adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya. Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya.
Jangan Tutup Pintu Hati, Yakin Ada Yang Lebih Baik Menanti
“Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik.
Ternyata di balik tawa seseorang itu, siapa yang menyangka apa yang dirasai di dalam hati kan? Moga para wanita di luar sana terus diberi kekuatan oleh Tuhan. InsyaAllah, jodohmu pasti akan sampai jua.
Kini Zulin Aziz telah pun bahagia bersama suami tercinta setelah diijabqabulkan sejak lebih setahun yang lalu pada tanggal 20 Februari 2022 yang lalu. Meski masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, Zulin tetap terihat bahagia disamping suami tercinta!
kredit: Instagram @zulinaziz
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
To’ Puan Syamim Syukur Suami Beri Izin Kembang Kerjaya Di Indonesia, Bakal Satu Skrin Dengan Acha Septriasa & Achmad Megantara
Pelakon dan pengacara, To’ Puan Syamim Freida bersyukur atas sokongan yang diberikan keluarga dan suaminya, Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj selepas terlibat di dalam filem terbitan produksi Indonesia berjudul Air Mata Mualaf.
Syamim yang sebelum ini dikenali sebagai Syamim Farid berkata, filem genre drama itu bakal ditayangkan tahun hadapan dan akan memulakan fasa produksi di Indonesia dan Australia.
“Alhamdulillah suami seorang yang menyokong dan memberi kebenaran untuk saya melebarkan sayap ke Indonedia bagi mengembangkan kerjaya seni. Itu yang sangat penting, restu suami.
“Tidak dinafikan ia bukan satu hal yang mudah untuknya memberikan keizinan kepada saya berada di negara orang bagi satu tempoh tertentu untuk bekerja. Jadi bila suami beri ‘lampu hijau’ saya bersyukur.
“Suami juga sentiasa memberikan galakan dan tahu akan minat saya terhadap dunia lakonan khususnya, termasuk ahli keluarga yang lain. Terharu apabila mereka turut memberikan galakan yang tidak putus-putus,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai penglibatannya dalam industri perfileman di Indonesia, Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 ini berkata dia mendapat tawaran berkenaan sejurus mengikuti kelas lakonan di sana.
“Awal tahun lepas, saya ada mengikuti kelas lakonan selama dua bulan di Indonesia. Ketika itu jadualnya agak padat kerana saya perlu ulang alik dari Indonesia ke Malaysia. Selepas tamat pengajian, saya terima tawaran terbabit.
“Filem tersebut belum lagi memulakan penggambaran, namun filem itu baru sahaja selesai majlis pelancaran, membaca skrip dan bertemu sedang para pelakon lain. Syukur mereka alu-alukan kehadiran saya dengan baik dan banyak memberikan tunjuk ajar.
“Di dalam naskhah ini, saya memegang watak sebagai Nina iaitu kawan baik kepada Angie yang dilakonkan oleh Acha Septriasa.
“Agak teruja sebab sebelum ini saya kerap diberikan watak antagonis menerusi drama tempatan dan kali ini situasinya berbeza,” katanya lagi.
Demi tuntutan watak, Syamim turut mengambil kelas belajar Bahasa Indonesia bagi memudahkan proses penggambaran tidak lama lagi.
“Memandangkan ini satu pengalaman baharu dan perlu berbahasa Indonesia sepenuhnya di dalam filem ini, jadi saya ambil inisiatif dengan mengambil kelas Bahasa Indonesia bersama seorang guru.
“Kami juga sudah memulakan latihan bersama para pelakon lain. Bila berpeluang berada di dalam satu skrin dan dapat berlakon bersama, ia satu momen yang bermakna untuk saya secara peribadi sebenarnya.
“Tak sangka dengan peluang yang diterima, syukur alhamdulillah atas rezeki dan saya tak akan sia-siakan kesempatan ini. Cuba memberikan kualiti lakonan yang terbaik, Insya-Allah,” katanya lagi.
Selain Syamim dan Acha Septriasa, Air Mata Mualaf juga bakal dilakonkan oleh Achmad Megantara, Rizky Hanggono, Dewi Irawan, Matthew Williams dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Syamim baru sahaja muncul dengan program ‘podcast’, Tiga Is3 yang turut menampilkan dua personaliti Uyaina Arshad dan Adriana Adnan sebagai pengacara.
Ia mula bersiaran sejak 22 September lalu, setiap Ahad, jam 5 petang menerusi saluran YouTube FYP Media.
Tiga IS3 ialah sebuah program yang berkongsi pelbagai topik bual bicara menarik, meliputi kisah rumah tangga dan kehidupan harian wanita dalam mendepani situasi semasa yang mencabar ketika ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI