Penyampai radio dan hos, Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Effendi mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan lelong amal sebahagian kasut miliknya khusus bagi membantu golongan memerlukan serta agihan topeng muka dan sanitiser buat barisan ‘frontliners’.
Menerusi rakaman video yang dimuat naiknya di IG TV, sesi berkenaan akan dilakukannya hari ini pada sesi IG Live.
Radin antara lain turut memberitahu, 100 peratus hasil jualan akan disalurkan kepada mereka yang terlibat dan dia turut akan mengadakan soalan kuiz dan pemenang akan diberi hadiah berupa wang ringgit.
“Assalammualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan & kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga.
“Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners.
“Lelongan Amal ini akan berlangsung esok, Isnin, jam 9 malam di Instagram saya. Saya bukan kaya, tapi saya pernah merasa tiada,” tulis Radin pada ruangan kapsyen.
Idea murninya itu turut mendapat pujian rakan dan sokongan tersebut disampaikan mereka menerusi ruangan komen pada entri berkenaan.
Foto: Instagram Radin Era