Kumpulan muzik rock terkenal Indonesia, Radja Band bakal mengegarkan Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru menerusiKonsert Radja Majestic Johor yang berlangsung pada 11 Mac depan.
Vokalisnya, Ian Kasela menerusi video promosi konsert terbabit di Instagram mengakui tidak sabar dan teruja untuk menghiburkan peminat mereka di Johor Baharu.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman di Malaysia khususnya di Johor. Saya Ian Kasela akan hadir pada 11 Mac ini di Stadium Tertutup Arena Larkin untuk bertemu teman- teman di sana.
“Catat ya. Dapatkan tiket segera. Jangan lupa temu janji kita di sana ya!,” katanya mewakili kumpulan yang cukup popular di Malaysia sekitar 2001.
Antara lagu yang menjulang populariti mereka adalah Jujur, Tulus dan Benci Bilang Cinta.
Ads
Ian menambah, mereka tidak lupa berterima kasih kepada pelancongan negeri Johor, penganjur, tenaga kerja dan produksi yang bakal menjayakan konsert terbabit.
“Ini konsert pertama Radja di JB (Johor Bahru). Lets rock semua ya. Salam rindu dan sayang daripada kami, see you,” katanya lagi.
Sementara itu Pengurus ASEAN Liaisons of Radja Band, Farid Hamid, berkata Radja Band akan menyajikan 16 buah lagu malar segar kepada peminatnya.
Ads
“Konsert Radja merupakan julung kali diadakan di Johor dan mendapat kerjasama daripada Tourism Johor serta penganjur MEE2 Events.
“Sebanyak 16 buah lagu akan dipersembahkan dalam konsert itu nanti dan antara ‘killer song’ ialah Jujur, Tulus, Benci Bilang Cinta dan Takkan Melupakanmu.
“Sudah pastinya konsert kali ini akan diatur dengan beberapa kelainan hasil idea dengan pihak Tourism Johor. Tunggu dan lihat dalam konsert nanti,” katanya.
Timbalan Pengarah Tourism Johor, Dr. Azlan Abd. Jalil juga yakin konsert tersebut bakal membawa impak baik terhadap ekonomi negeri, antaranya kepada pemain industri perhotelan, makanan dan minuman serta pengangkutan.
Ads
“Tourism Johor akan membawa lebih ramai artis dari dalam dan luar negara. Ini merupakan salah satu acara dalam mempromosikan agenda pelancongan negeri Johor kepada orang ramai bukan sahaja rakyat tempatan, malah mengajak pelancong antarabangsa datang ke negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah MEE2 Events, Nurzalinda Azmi berkata, para peminat boleh membeli tiket konsert tersebut secara dalam talian dan hingga 13 Februari lalu sebanyak 1,000 tiket telah terjual.
Menurutnya, lima kategori tiket ditawarkan dengan harga berpatutan bermula dengan Silver RM68, Gold (RM108), Rockzone (RM129), VIP (RM299) serta MIP (RM799).
Untuk info, Radja Band ditubuhkan pada 17 Mac 1999 dan berasal dari Banjarmasin, Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh sejak awal malam tadi apabila berita mengenai seorang pelakon lelaki yang didakwa telah bertindak kasar terhadap bekas tunang dengan mencekik dan menumbuk mangsa berkenaan hingga berdarah adalah Syafie Naswip.
Malah, menerusi laporan portal hiburan, ia jelas memaparkan wajah bintang Mukhsin itu sebagai individu yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan.
Sementara itu menerusi Utusan Online awal malam tadi melaporkan, pelakon lelaki yang baru sahaja putus cinta itu hadir menyerah diri di Balai Polis Kinrara serta mengaku mencederakan mangsa.
Suspek bagaimanapun telah dilepaskan dengan jaminan polis sebaik rakaman percakapan diambil.
Pada masa sama, pihak berkuasa seperti yang dipetik turut menjelaskan, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 kanun yang sama kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Artikel tersebut memaparkan, pelakon tersebut yang baru putus tunang baru-baru ini ditahan polis selepas didakwa mencederakan bekas tunangnya dengan mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai pada 26 Jun lalu.
Mengimbas semula, pasangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.
Namun, keduanya mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan, beberapa minggu lalu.
Foto: Instagram Syafie Naswip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Ameer Sofarz yang kini telah pun bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka pada tangga 27 Oktober lalu.
Setelah sembilan hari dilahirkan, hari ini Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddiin berkongsi foto terkini yang memaparkan wajah puterinya itu.
Malah, dia dan isteri turut telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Liana Eldora Delisha.
“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, saya baby Liana Eldora Delisha. Harini hari ke – 9 saya dilahirkan.
“Doakan saya menjadi anak yang solehah dan sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t serta sentiasa dirahmati dunia akhirat. Amin,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Ameer menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji wajah comel anaknya itu.
Terdahulu, Ameer telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.
Sumber: Instagram Ameer Sofarz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Haiza telah berkongsi rakaman video ketika dia hampir-hampir terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di sebuah lebuh raya.
Menerusi video kurang seminit itu, dapat dilihat jalan raya agak licin kerana ia berlaku ketika hujan.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Dag Dig Dug itu turut menitipkan kata nasihat kepada peminat dengan menyarankan agar pemandu jalan raya digalakkan untuk memiliki kamera ‘Dashcam’.
Malah maklumnya, kepentingan ‘dashcam’ tidak hanya apabila berlaku kemalangan sahaja tetapi dalam situasi lain.
“Kisah saya sendiri..Betapa pentingnya “DASHCAM” Bila tengok balik,rasa seriau. Bila ada kamera macam ni segala benda kita boleh nampak.Boleh jadi bukti kemalangan,mangsa buli dan sebagainya.Silap-silap nampak entiti,
“Ada pengalaman?Share please #borakkool #PHDKoolFM Terima kasih @sayyedmoussa yang sudi membantu dan sampai sekarang kita jadi bestfrind,” tulisnya.