Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim berkongsi berita mendukacitakan apabila impian menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran.

Berita tersebut dimaklumkan Rafidah atau lebih mesra dengan panggilan Fida menerusi satu coretan panjang di akaun Instagram dan Facebook.

Dia bagaimanapun reda dengan ujian dari Allah SWT.

Rafidah Ibrahim Keguguran – “Isnin Ke Hospital Buat Pemeriksaan Atas Sebab Pendarahan Yang Berlaku.”

Rafidah Ibrahim Keguguran – “Isnin Ke Hospital Buat Pemeriksaan Atas Sebab Pendarahan Yang Berlaku.”“Kehilangan bagi pasangan yg baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan. Begitu juga buat saya dan suami.

“Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya. Pilihan pertama itu pilihan kami, manakala pilihan kedua itu adalah daripada Allah s.w.t. Sudah tentulah sang pencipta lebih mengetahui yang terbaik buat kami.

Ads

“Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita & para ibu di luar sana yg diuji jauh lebih hebat. Pada hari Isnin baru-baru ini saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yg berlaku.

“Pada hari yang sama saya telah diberikan temujanji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yang ada, tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10hb Nov, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.

“Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran. Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yg datang daripada Allah SWT itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga,” tulisnya.

Dia pada masa sama dia dan suami percaya rezeki dan meminta ramai mendoakan yang baik-baik.

Ads

“Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yang dipinjamkan sementara itu. Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik.

“Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh. Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kaum wanita yg sedang menghadapi ujian yg dilalui dengan sabar.

Ads

“Untuk proses cuci kali kedua pada hari yang sama, saya didatangi oleh seorang doktor wanita berbangsa India. Sewaktu scan doktor berkata “Rafidah, you have very nice and good ovari” tambahnya lagi “Kalau dapat dekat student saya, diorang mesti nak you to do the study”.

“Alhamdulillah, dalam masa diuji, Allah berikan berita gembira itu. Saya hanya mampu tersenyum walaupun sedang menahan sakit disebalik pelitup muka. Terima kasih doktor, I’ll take it as a compliment & memberikan semangat utk next baby, InsyaAllah.

“Paling utama buat kita sebagai umat Islam, sentiasa yakin rezeki Allah itu sentiasa tepat pada masa & tempatnya. Doakan yg terbaik ya. (*last but not least, masa pregnant elakkan daripada perkara-perkara yg bagi diri kita stress /depress),” tulisnya lagi.

Rafidah Ibrahim Keguguran – “Isnin Ke Hospital Buat Pemeriksaan Atas Sebab Pendarahan Yang Berlaku.” Rafidah Ibrahim Keguguran – “Isnin Ke Hospital Buat Pemeriksaan Atas Sebab Pendarahan Yang Berlaku.” Rafidah Ibrahim Keguguran – “Isnin Ke Hospital Buat Pemeriksaan Atas Sebab Pendarahan Yang Berlaku.”

Sekadar info, Fida mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib pada 5 Mei lalu selepas 10 tahun berkenalan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI