Setelah berhempas pulas bersaing selama lapan minggu, akhirnya penyanyi senior, Rahmat Mega dinobatkan selaku juara sulung bagi program realiti nyanyian terbaru, Terpaling Juara.
Rahmat yang juga merupakan anak didik kepada kapten, Hael Hussaini telah berjaya mengetepikan saingan daripada tiga finalis lain seterusnya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Pada konsert akhir ini, Rahmad telah membawakan dua buah lagu iaitu Ku Akui dan Dipenjara Janji.
Ketika membawakan lagu Dipenjara Janji, Rahmad dan Hael telah berjaya memukau para penonton dengan paduan vokal yang sangat bertenaga.
Ads
Sementara itu, penyanyi Aqmal diumumkan sebagai naib juara sekali gus meraih hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Tempat ketiga yang menawarkan hadiah sebanyak RM30,000 serta trofi pula telah berjaya disandang oleh penyanyi berpengalaman, Hazami.
Manakala, seorang lagi penyanyi baru, Shaz terpaksa berpuas hati untuk meraih tempat ke-4 seterusnya membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 dan trofi.
Ads
Konsert akhir Terpaling Juara telah berlansung dengan jayanya di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Ahad.
Pada malam ini, kesemua peserta ditugaskan untuk membuat dua persembahan iaitu lagu solo dan duet bersama kapten.
Selain Hael, para peserta turut dipimpin oleh dua orang lagi kapten iaitu Akim Ahmad dan Naim Daniel.
Semua finalis Terpaling Jura diadili 70 peratus juri tetap iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta 30 peratus lagi adalah daripada undian penonton.
Ads
Konsert akhir ini juga turut digamatkan lagi dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku juri jemputan.
Siti juga turut membuat persembahan istimewa menerusi lagu medley Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis.
Pentas akhir yang dihoskan gandingan Haziq Hussni dan Shiha Zikir itu juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada band jemputan Floor 88.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cantik menawan saat bergelar raja sehari, penampilan Zahirah MacWilson disempurnakan dengan menggayakan busana hasil sentuhan pereka fesyen, Teh Firdaus.
Lebih menarik, bintang jelita itu turut ditatarias set barangan kemas dari Hearts On Fire dari Habib Jewels yang bernilai lebih kurang RM1,000,000.
Nah, ini dia perincian mengenai set barangan kemas yang dimaksudkan.
Berlian paling sempurna dengan membentuk pantulan cahaya maksimum. Cincin berlian yang diikat dengan emas putih 750. Cincin eksklusif ini turut dipenuhi dengan 7 butir berlian seberat 0.33 karat.
2. Cincin berlian Hearts On Fire dari koleksi Aerial bertatahkan 82 butir berlian seberat 0.9 karat mempunyai reka bentuk yang sangat unik.
3. Rantai tangan 3 baqrisan berlian dari koleksi Copley Hearts On Fire menyerikan lagi pergelangan tangan pengantin perempuan pada malam itu.
4. Rantai leher dari koleksi Aerial bertatahkan 750 butir berlian berbentuk ‘teardrop’ mempunyai berat lebih dari 22 karat nyata menyempurnakan busana indah yang dipakai Zahirah.
5. Ini cincin berlian berbentuk ‘pir’ dipenuhi dengan berlian 1.22 karat.
6. Cincin perkahwinan ‘eternity’ dari Hearts On Fire pasti menjadi peneman sempurna buat pengantin wanita, malam tadi.
Sementara itu, solekan wajahnya ditataris oleh jurusolek terkenal, Bosco Ryzal. Manakala Aiman Hakim, yang juga pemilik cafe Bakersfellas di Ara Damansara itu pula selesa memilih persalinan baju Melayu rekaan Cosry.
Pelakon, Azhan Rani menasihati semua agar terus menghargai ibu bapa masing-masing dengan menghubungi mereka selalu bagi bertanya khabar.
Azhan Rahi atau nama lengkapnya Azhan Abdul Rani memberitahu, meski belum ada kelonggaran untuk merentas negeri, namun jarak bukanlah penghalang atau pemisah sesebuah hubungan kekeluargaan.
“Yang ada lagi mak ayah tu dah call tanya khabar ke belum?
“Walaupun tak berpeluang balik beraya call je la sementara ada peluang boleh dengar suara diaorang atau video call tengok muka diaorang.
“Takde maknanya handphone canggih2 tapi kalau takat boleh kira dengan jari tangan berapa kali korang telepon diaorang,” jelasnya.
Pelakon Nur berkongsi luahan tersebut menerusi satu entri di Instagram.
Dia pada masa sama turut mengingatkan semua dari mana asal usul.
“Kalau takde diaorang yang basuh berak korang dulu ko ingat ko kat mana sekarang? Haa, sedih? Telefon orang tua ko sekarang!,” tulisnya lagi beserta beberapa hashtag.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ada berkongsi keping fotonya bersama suami, pelakom Zain Saidin menerusu Instagram dan seperti biasa, ia mengundang perhatian para peminatnya.
Masakan tidak, pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam dengan mengenakan persalinan pengantin yang menawan.
Bintang Kiah Pekasam itu dirakam sama gaun kembang putih perincian ilham pereka Altelia Amani sementara Zain pula tampan dengan sut serba hitam.