Hiburan

‘Rahsia’ Kulit Menawan, Cara ‘Back To Nature’ Natasha Hudson Jadi Sorotan Warganet!

Share

Siapa tidak kenal dengan bintang berwajah kacukkan Melayu Australia ini, pemilik nama penuh Natasha Liana Hudson atau popular dengan nama pentas Natasha Hudson mula melakar namanya dalam industri seni sebagai pelakon, model dan pengacara TV di Malaysia.

Terdahulu namanya terpalit dengan kontroversi apabila nekad tidak lagi mengenakan hijab, namun si cantik manis ini tidak goyah dengan kecaman kerana lebih selesa menjadi diri sendiri.

Terdahulu menerusi aplikasi Tik Tok miliknya, Natasha telah berkongsikan kepada para pengikut dan peminatnya tentang cara untuk menghasilkan masker tanah (Clay Mask) secara semulajadi menggunakan batu-batuan sungai.

Pastikan Pilih Dan Gunakan Batu Yang Sesuai!

@natashahudsonofficial Terus terang memang saya gemar pakai mask tiap hari & tau tak clay mask adalah tanah liat? Kita pun adela kat Malaysia ni. Saya memang gemar explore benda alami & herba. Cuba lah tau! This is the real natural ingrediant yg berfungsi. Allah dah tetapkan for us. #fyp #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #socialexperiment #claymask #masker #maskermuka #facialmask #natural #beauty #kecantikan #alami #sungailoh ♬ original sound – Natasha Hudson

Natasha juga acapkali memuatnaik video berkisarkan aktiviti seharian dia dan suamiya menerusi laman Instagram dan Tik Tok miliknya. Malah, adakalanya Natasya akan melakukan siaran langsung (live) untuk perkongsian maklumat dan berinteraksi bersama para peminat.

Satu muatnaik video yang mana Natasha mengajar para pengikutnya untuk menghasilkan masker semulajadi dari batu-batuan sungai telah mendapat maklum balas yang amat menggalakkan apabila video berkenaan telah ditonton sebanyak 456.9 ribu tontonan serta meraih 21.4 ribu tanda suka.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Natasha yang mengajarkan cara sebenar langkah demi langkah untuk membuat clay mask dengan menggunakan batu-batu tertentu dari sungai berhampiran.

Natasha Gemar Pakai ‘Clay Mask’ Setiap Hari

“Terus terang memang saya gemar pakai mask tiap hari dan tau tak clay mask adalah tanah liat? Kita pun ada la kat Malaysia ni.

“Saya memang gemar explore benda alami dan herba. Cuba lah tau! This is the real natural ingredient yang berfungsi. Allah dah tetapkan for us,” Tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Dalam video tersebut juga dapat dilihat Natasha telah melumurkan seluruh badan termasuk wajahnya dengan clay mask tersebut sambil mengajarkan cara membuat dan memilih batu yang sesuai untum tujuan itu.

Natasha juga menggalakkan sesiapa yang bepeluang mandi di sungai untuk merasai sendiri pengalaman memakai clah mask asli yang dibuat dengan tangan sendiri.

Netizen Kagum Lihat Kemahiran Back to Nature Natasha

MH sempat meninjau ruangan komen pada hantaran itu. Rata-rata warganet menzahirkan rasa kagum dengan kemahiran Back to Nature yang diaplikasikan Natasha dalam kehidupan sehariannya.

Malah, ada juga diantara wargamaya yang berminat untuk mencuba sendiri pengalaman untuk membuat dan memakai clay mask yang diperbuat dari batu atau tanah asli.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Haifa Nasir