Pelakon meningkat naik, Elisya Sandha telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-21 semalam.
Bertemakan baju tidur, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu meraikan majlis tersebut bersama keluarga tercinta di rumah.
“As much as i miss going out, I’m actually glad i get to celebrate my 21st birthday at home with my family, yang penting tema baju tidur,” tulisnya.
Dalam masa sama, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe itu turut merakam momen bersama keluarga saat meraikan hari jadi.
View this post on Instagram8 June 2020/ 16 Syawal 💜 #memories #elisyaturns21
A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial) on
Figura cantik ini semakin dikenali ramai apabila membintangi drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang disiarkan di TV3.
Foto: Instagram Elisya Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa 14 Tahun Kanak-Kanak Lain Nak Jadi Doktor Tapi…,” – Kolaborasi Dengan Snoop Dogg, Redman & Method Man, Joe Flizzow Pesan Jangan Pernah Henti Bermimpi
Penyanyi rap, Joe Flizzow mengakui berasa berbangga selepas diberikan kesempatan untuk memertabatkan muzik rap Malaysia ke mata dunia hasil kolaborasi terbaru bersama rapper ternama Amerika Syarikat, Snoop Dogg menerusi album ALGORITHM (The Global Edition).
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, telah diberikan ruang untuk berkongsi lagu bukan sahaja bersama Snoop Dogg tetapi juga bersama dua idola masa kecilnya iaitu rapper lagenda iaitu Redman dan Method Man.
“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya
Snoop, Algorithm (Global Edition).
“Method Man dan Redman merupakan legenda industri hip-hop dan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum saya bergelar penyanyi.
“Berkongsi ruang dalam lagu bersama dengan Method Man dan Redman sambil diperkenalkan oleh Snoop Dogg adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan
“Saya rasa ini adalah salah satu impian
saya yang terkabul. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan
Snoop Dogg dalam album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan,” katanya kepada MH.
Menurut Joe, Snoop Dogg amat tertarik setelah mendengar beberapa lagu terbitan syarikat rakamannya, Def Jam SEA dan dia sendiri memilih untuk berkolaborasi bersama dirinya dan seorang lagi rapper Singapura,
Yung Raja.
“Kerjasama ini bermula dengan sebuah mesyuarat ZOOM di antara Snoop Dogg
dan saya. Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan dan beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri.
“Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang di masa hadapan,” kongsinya lagi.
Joe turut menyeru kepada semua untuk jangan pernah berhenti bermimpi sebaliknya berusahalah dengan kerasa sehingga mimpi tersebut menjadi kenyataan.
“Jangan pernah berhenti bermimpi. Saya memang mengimpikan perkara ini sejak kecil. Saya ceburi bidang muzik ini bukan kerana menginginkan kehidupan yang mewah, sebaliknya demi kecintaan kepada muzik hip-hop.
“Semasa berumur 14 tahun, kanak-kanak lain ingin menjadi doktor, peguam dan sebagainya tetapi saya terus terang kepada cikgu yang saya ingin menjadi rapper. Ramai juga yang mula bimbang dengan pilihan saya itu.
“Saya berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana mereka sangat memahami. Kami buat perjanjian, saya harus tamatkan pengajian di peringkat kolej. Kemudian, barulah saya boleh buat apa yang saya mahu.
“Ketika ini, saya rasa seperti kanak-kanak semula kerana mimpi itu jadi kenyataan. Saya sangat bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini,” akhirinya.
Album Snoop Dogg: Algorithm (The Global Edition) merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau dan Joe Flizzow telah dipilih secara peribadi oleh Snoop untuk munchl dalam lagu Alright bersama Redman dan Method Man serta Nefertitti Avani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Tak Mampu Nak Bagi 7 Dulang Hati Hama,”- Sweet! Ini Ucapan Bersemut Azizul Hasni Awang Sempena Hari Lahir Isteri
Atlet lumba basikal trek negara, Azizul Hasni Awang ada menitipkan ucapan istimewa sempena hari kelahiran isteri yang ke-35.
Dalam ucapan tersebut, Azizul mendoakan semoga isterinya itu agar terus istiqomah dalam kehidupan dan menjadi isteri serta ibu yang terbaik.
View this post on InstagramA post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on
“I tak mampu nak bina jambatan emas dari Terengganu ke Perak. I tak mampu nak sediakan 7 dulang hati nyamuk. I tak mampu nak bagi 7 dulang hati hama.
“I tak dapat nak sediakan 7 tempayan air pinang muda. Tapi i dan anak-anak mampu untuk masak di hari yang istimewa ini.
“I doakan semoga sayang terus istiqomah didalam kehidupan dan terus menjadi yang terbaik buat i dan anak-anak. Selamat Hari Lahir,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pemenang pingat perak sukan Olimpil Rio 2016 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Azizul turut memaklumkan dia dan anak-anak telah bertungkus lumus untuk memasak sempena hari istimewa tersebut.
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen tidak menyangka atlet tersebut memiliki sifat yang sangat romaktik selain turut mendoakan semoga pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke jannah.
Terdahulu, Azizul bersama isterinya, Athiah Ilyana Datuk Abdul Samat telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Januari 2010.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Amna Mariyam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.
Sumber: Instagram Azizul Hasni Awang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Risau Kami Akan Jaga Ibu Sebaik Mungkin,”- Lebih 2 Minggu Meninggal Dunia, Doa Ariz Forteen Moga Arwah Bapa Tenang Di Alam Sana
Anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufiaz telah kehilangan bapa tercinta, Haji Abdul Hamid Haji Ibrahim pada 22 April lalu.
Menerusi entri terkini milik penyanyi itu di Instagram, bintang berusia 30 tahun ini ada mengimbau foto arwah bapa tercinta ketika di usia muda.
Ariz juga ada menitipkan doa bersempena ulang tahun kelahiran arwah bapanya yang ke-62 tahun.
Bukan itu sahaja, Ariz turut berkongsi keperibadian bapanya yang banyak memberi tunjuk ajar buat dirinya sekeluarga.
“Abah aku kpop dulu. Haha! Selamat Ulangtahun Abah yang ke 62 tahun. Terima kasih abah atas segala kerja keras, Abah banyak bantu keluarga dan orang lain.
“Terima kasih sebab ajar kami berdikari dari dulu lagi. Abah jangan risau kami akan jaga Ibu sebaik mungkin. Moga Abah tenang di sana. Al-fatihah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ariz Lufias (@arizlufias) on
MH mengucapkan salam takziah kepada Ariz sekeluarga dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Foto: Instagram Arif Lufiaz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI