Rai Hari Jadi Dua Kali Berturut-Turut Di Jepun, Cik Manggis & Suami Rakam Momen Indah Bersama

Share

Anggota kumpulan Defam, Cik Manggis meraikan ulang tahun hari jadinya yang ke-30 tahun bersama suami, Syazmin Firdaus.

Lebih menarik, mereka ‘terbang’ bersama ke negara Jepun sambil menikmati percutian di sana.

Tambahan pula, ini merupakan kali kedua Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamauddin meraikan hari jadi di negara Matahari Terbit itu.

“Alhamdulillah, this is my 2nd birthday in Japan. Last year was in Tokyo, Today in Fujikawaguchiko in front of Mount Fuji with my one and only; @syazminfirdaus. (I think Japan loves me so much. LOL)

“Syukur bukan kerana dapat sambut birthday diluar negara tapi buat segala rezeki yang Allah berikan kepada saya.

“Rezeki sihat, bahagia, dikurniakan seorang suami yang penyayang, keluarga yang baik, kawan-kawan yang sentiasa ada.

“Syukur saya ada @defamofficial Ja & Fya, syukur saya ada KAMU. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan Manggis dan keluarga. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan. In shaa Allah, aamiin… #blessed30,” tulisnya.

Menerusi video yang hampir mendapat 50,000 tontonan itu, Cik Manggis bersama suami merakam momen indah bersama.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada Oktober 2014, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kami di MH mengucapakan selamat hari jadi buat Cik Manggis dan semoga bahagia bersama suami tercinta.

Video:Instagram Cik Manggis

Published by
MH