Pempengaruh dan adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan berkongsi momen-momen indah sewaktu menyambut hari lahir teman lelakinya yang juga merupakan pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol.
Menerusi hantaran tersebut, pasangan dua merpati sejoli ini difahamkan menyambut momen istimewa itu di sebuah restoran di Jakarta, Indonesia.
Ameera dan Jefri dilihat sangat mesra bersama dan hal tersebut jelas kelihatan menerusi foto-foto dan video yang dikongsikan di Instagram.
Paling mencuri tumpuan netizen sudah tentulah ucapan ‘Happy Birthday Sayang’ yang tertera di pinggan kek bersempena hari lahir Jefri yang ke-26.
Jelas Ameera, meskipun Jefri sudah memasuki usia 26 tahun, padanya dia tetap seperti anak kecil.
“26 but forever my baby,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kemesraan pasangan ini selain turut mendoakan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
“Ya ampun lovebirds.
“Kekal bahagia kalian berdua.
“Cepat-cepat kahwin. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Baby jangan lepaskan dia. Handsome dooh ni. Biarkan walau satu dunia membenci. Jangan lepaskan dia sebab boleh nampak dia hargai dan sayang ke baby. Suka melihat kalian berdua gembira bersama. Semoga jodoh berpihak kepada kalian.
“Kenapa muka sama ya? Mungkin sebab itu dikatakan jodoh kita punyai rupa 90% sama,” antara komen-komen netizen.
Sejak akhir-akhir ini, Ameera dilihat makin terbuka untuk berkongsi perihal cintanya bersama Jefri.
Malah, Ameera juga kerap mempertahankan Jefri bila ada pihak yang melemparkan komen-komen negatif terhadap teman lelakinya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Ameera Khan