Rai Hari Natal Khas Buat Keluarga Mertua Di Perancis, Nourul Depp Mahu Hubungan Muhibah Berpanjangan

Share

Meraikan sambutan Hari Natal bersama keluarga tercinta, penyanyi Nourul Depp gembira apabila dapat berpakaian ‘pyjamas’ sedondon bersama suami dan anak-anaknya.

Lebih meriah, sambutan itu diadakan di rumah mertuanya di Perancis.

“Hari raya sama. Ni pun sama. Hangpa ni memang haqu. Susah sungguh nak duduk diam ambik gambaq. Sorang menyorok, sorang nak terbang. Sorang nak rabat sana sini.

“Asalkan ada gambaq. Selamat hari natal pada yang meraikan, pada yang sama membantu meraikan.

“Semoga perhubungan muhibah berpanjangan. Dari kami di Perancis. Saint Diè des vosges,” tulisnya samabil disertakan beberapa keping foto suasana perayaan Hari Natal.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak itu gembira meraikan perayaan itu khas buat keluarga mertua.

“To wrap up celebration untuk mak bapak mertua kami. Depa happy. Saja ja beli baju ni. Pyjamas sebenaqnya dari @patpatglobal depa baguih kalau barang online. Ni kami recommend. Kami tak kenai depa. Kami jumpa online ja. Quality no.1.

“Saja bagi depa happy. Tahun depan tak balik sini. Kami kat negeri lain. Ya dah plan untuk tahun depan. Plan kena ada. Kalau dak blur ta tau jadi apa.

“Apa apa pun, kita hanya merancang.

“Syok bagi depa happy. Banyak gelak ketawa tahun ni. Hangpa jangan gelak na. Tapi pyjamas ni best!,” tulisnya.

Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Terdahulu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.

Foto: Instagram Nourul Depp

Published by
MH