Meski sudah tidak lagi bersama, namun, ia tidak menghalang untuk pelakon, Keith Foo dan bekas isterinya, Kim Raymond menyambut Tahun Baru Cina bersama anaknya baru-baru ini.
Perkara tersebut dikongsikan Keith Foo atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin menerusi sebuah entri yang dikongsikan di laman Instagram.
“Happy Chinese New Year,” tulisnya ringkas.
Entri berkenaan nyata mengundang rasa senang di hati ramai pihak terutamanya buat para peminat Keith Foo.
Dalam pada itu, pelakon drama, KL Gangster Underworld 2 ini turut menggunakan kesempatan tersebut untuk meraikan hari lahir bekas isterinya yang jatuh pada tanggal 13 Februari.
“Happy early birthday mother of @skylarraymondfoo . May this year and beyond u are blessed with good health, happiness, love and prosperity.
“Btw @kimchiraymond birthday is tomorrow 13th. Skylar wanted to celebrate it today,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan yang terbaik buat Keith Foo sekeluarga.
Terdahulu, Keith Foo dan Kim telah pun berkahwin pada November 2015 namum memutuskan untuk bercerai pada Disember 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Skylar Raymond Foo.
Sumber: Instagram Keith Foo