Berita

Rai Ulang Tahun Ke-41, Fazura Titip Janji… Untuk Lebih Sayangi Diri Sendiri

Share

Pelakon Fazura berkongsi hantaran terkini menerusi Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-41, hari ini.

Di dalam hantaran yang dikemas kini itu, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin berkongsi sekeping gambar lustrasi suasana persisiran pantai yang berlatar belakangkan lagu Oceans oleh Dash Berlin.

Bintang filem Pendekar Awang itu menerusi ruangan kapsyen turut menitipkan ucapan ringkas untuk lebih menyayangi dirinya selepas ini.

“The beginning of a promise, to love myself more. (Permulaan kepada sebuah janji, untuk lebih sayangi diri sendiri),” tulisnya yang disusuli dengan tarikh 27 September 2024.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Malah dapat dilihat ramai rakan selebriti turut sama melayangkan ucapan istimewa buat Fazura.

“Happy birthday dear,” tulis Haiza Hanafi

“Sanah Helwa. Semoga Allah takdirkan yang baik-baik untuk Faz dan Fatima,” kongsi Lufya.

“Happy birthday kak faz sayang. Love you always,” titip Nadia Brian.

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima hampir 30,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH