Meraikan ulang tahun pertama perkahwinan, penyanyi Harith Zazman mengabadikan hari istimewa itu dengan menaiki pelamin bersama isteri, Nuramalina Ghakashah di sebuah premis acara di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pasangan ini tidak berkesempatan untuk mengadakan majlis resepsi disebabkan negara masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ogos tahun lalu.
Menariknya, kali ini persandingan mereka turut disertai si kecil, Farrel Ali yang merupakan anak sulung pasangan itu.
Menerusi perkongsian gambar-gambar di laman Instagram Harith, 28, rata-rata peminat dan rakan selebriti terhibur melihat aksi mereka sekeluarga selain menitipkan doa agar kebahagiaan terus mengiringi perjalanan hidup pasangan ini.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada siapa yang hadir dan memeriahkan majlis,” tulis Harith.
“Sorry tak dapat hadir. Si kecik tu dah penat melalak ke?” seloroh pelakon Yusuf Bahrin.
“Tahniah brother!” ucap penyanyi Zynakal.
“So much love,” tulis penyanyi Aziz Harun.
Harith yang popular dengan lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) mendirikan rumah tangga dengan Amalina, 30, pada 28 Ogos tahun lalu.
Rumah tangga pasangan ini kemudian diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung, Farrel Ali yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Harith Zazman, Faridism