Sejak semalam, warganet hangat memperkatakan mengenai beberapa foto melibatkan pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha yang dilihat manis mengenakan imej berhijab.
Foto yang dimuat naik di laman Instagram itu nyata mendapat reaksi positif terutamanya di kalangan para peminat.
Malah, ia juga turut mengundang tanda tanya adakah benar Daiyan kini ingin tampil berhijab sepenuhnya.
Enggan lagi berteka teki, pelakon drama, Projek: Anchor SPM itu sebaliknya telah pun menjelaskan mengenai perkara tersebut di ruangan Instagram stories miliknya.
Menurut Daiyan, buat masa ini, dia masih lagi belum memutuskan untuk berhijab sepenuhnya dan foto-foto berkenaan sebenarnya telah diambil sewaktu dia sedang menjalani sebuah sesi pengambaran baru-baru ini.
Ads
Dikesempatan itu juga, Daiyan turut dilihat merakamkan ucapan penghargaanya kepada semua pihak yang telah pun mendoakan mengenai penampilannya itu.
“This was from a shoot. Saya masih lagi belum berhijab tapi thank you for the doa,” kongsinya lagi.
Setakat ini, foto berkenaan telah pun meraih hampir 200,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.
Ads
Kesemua mereka dilihat memberikan komen-komen pujian selain turut menitipkan doa buat bintang berusia 28 tahun itu.
“Omg, so beautiful bape.
“MasyaAllah, you’re so pretty in hijab Daiyan.
“MasyaAllah, what a beautiful girl.
Ads
“Bismillah. Waalaikumsalam. Semoga hari awak indah-indah sahaja hari ini.
“Lawanya Kak Daiyan. Cantiknya bertudung. MasyaAllah, semoga istiqomah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Daiyan baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Penat.
Sehingga kini, lagu yang diciptakan sepenuhnya oleh Daiyan itu telah pun meraih hampir 500,000 jumlah tontonan di laman Youtube.
Ikuti juga temubual penuh bersama Daiyan Trisha menerusi episod terbaru program MH Lifestyle di Facebook dan saluran YouTube Media Hiburan.
Sumber: Instagram Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi popular Indonesia, Syahrini berkongsi kepada umum yang dia sudah selamat melahirkan anak sulungnya pada Khamis, 1 Ogos 2024.
Menjadikan kelahiran itu lebih manis, tanggal 1 Ogos juga merupakan hari jadi penyanyi yang popular dengan lagu Kau Yang Memilih Aku itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, isteri kepada Reino Barack itu menyatakan bahawa anak sulungnya itu yang digelar Princess R dilahirkan di Singapura.
“MasyaAllah, Bismillahirrahmanirrahim. Singapura,1 Ogos 2024. Menyambut kehadiran si kecil berharga kami pada hari jadi saya,” tulisnya ringkas.
Manakala di dalam satu hantaran terbaru di Instagram pula, pemilik nama penuh Rini Fatimah Zaelani itu memanjatkan rasa kesyukuran atas kelahiran cahaya matanya itu.
“Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini dan hari ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami.
“Penantian panjang yang berhujung indah, pencapaian dari kesabaran dan bakal tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izinmu.
“Terima kasih untuk suamiku yang luarbiasa memanjakan dan sentiasa siap mendampingi. Selamat datang ke dunia ayah imam terbaik Reino Barack,” tulis Syahrini panjang.
Syahrini yang kini berusia 44 tahun berkahwin dengan Reino Barack, 40, pada tahun 2019. Perkahwinan mereka lima tahun lalu dilangsungkan di Masjid Tokyo Camii yang merupakan masjid terbesar di Tokyo.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zizan Razak yang sangat sinonim dengan karakternya yang lucu sering membuatkan ramai terhibur dengan gelagatnya.
Bagaimanapun, akhirnya perasaan nervous pelakon filem Polis Evo itu tidak dapat disembunyikan apabila seekor ular sawa menjalar di bahagian lehernya!
Video tersebut telah dikongsikan Zizan di Instagramnya.
“This is real man. This is crazy. Nak rasa makan clean food dan fresh kene gaya cam gini. #zizanrazak#healthyfood #healthylifestyle #boa#phyton,” tulisnya.
“Tengok ni korang.. Nama dia Phy.. Jangan jadi tie.. Phy! Jangan cium saya.. Itu bukan tikus putih, itu telinga! Jangan lilit mcm tudung bawal. Kang jadi tudung sawa pulak.. Eishh. Dia buat tie pulak.. Hmm.. sukahati kau lah,” kata Zizan dengan perasaan gementar.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap reaksi ‘berani’ Zizan itu.
Nyata, Zizan nampak steady dan masih boleh control macho, tapi hakikatnya gementar dengan haiwan tersebut.
Video : Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.Dalam episod...