Sejak semalam, warganet hangat memperkatakan mengenai beberapa foto melibatkan pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha yang dilihat manis mengenakan imej berhijab.
Foto yang dimuat naik di laman Instagram itu nyata mendapat reaksi positif terutamanya di kalangan para peminat.
“Bimillah, Assalamualaikum,” tulisnya ringkas.
Malah, ia juga turut mengundang tanda tanya adakah benar Daiyan kini ingin tampil berhijab sepenuhnya.
Enggan lagi berteka teki, pelakon drama, Projek: Anchor SPM itu sebaliknya telah pun menjelaskan mengenai perkara tersebut di ruangan Instagram stories miliknya.
Menurut Daiyan, buat masa ini, dia masih lagi belum memutuskan untuk berhijab sepenuhnya dan foto-foto berkenaan sebenarnya telah diambil sewaktu dia sedang menjalani sebuah sesi pengambaran baru-baru ini.
Dikesempatan itu juga, Daiyan turut dilihat merakamkan ucapan penghargaanya kepada semua pihak yang telah pun mendoakan mengenai penampilannya itu.
“This was from a shoot. Saya masih lagi belum berhijab tapi thank you for the doa,” kongsinya lagi.
Setakat ini, foto berkenaan telah pun meraih hampir 200,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.
Kesemua mereka dilihat memberikan komen-komen pujian selain turut menitipkan doa buat bintang berusia 28 tahun itu.
“Omg, so beautiful bape.
“MasyaAllah, you’re so pretty in hijab Daiyan.
“MasyaAllah, what a beautiful girl.
“Bismillah. Waalaikumsalam. Semoga hari awak indah-indah sahaja hari ini.
“Lawanya Kak Daiyan. Cantiknya bertudung. MasyaAllah, semoga istiqomah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Daiyan baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Penat.
Sehingga kini, lagu yang diciptakan sepenuhnya oleh Daiyan itu telah pun meraih hampir 500,000 jumlah tontonan di laman Youtube.
Ikuti juga temubual penuh bersama Daiyan Trisha menerusi episod terbaru program MH Lifestyle di Facebook dan saluran YouTube Media Hiburan.
Sumber: Instagram Daiyan Trisha