Dengan undian lebih lapan juta, penyanyi Aina Abdul dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-36 (ABP36) yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam ini.
Kemenangan tersebut sekali gus membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dan trofi.
Terdahulu, Ainaa juga telah dinobatkan selaku pemenang Anugerah Penyanyi Popular buat dua tahun berturut-turut.
Aina dalam ucapannya menyifatkan kemenangan gelaran bintang paling popular itu sebagai hadiah istimewanya selepas 10 tahun bergelar anak seni.
“Terima kasih kepada ibu saya, kelab peminat, Aination. Ini untuk semua usaha anda mengundi saya tanpa jemu.
“Satu pesanan saya, jangan putus asa, Allah SWT sebaik perancang,” ujarnya selepas diumumkan sebentar tadi.
Pada masa, ahli politik, Khairy Jamaluddin turut mencipta sensasi apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Penyampai Radio popular meskipun baru setahun menceburi bidang penyiaran radio.
Menurut Khairy atau lebih mesra disapa KJ, dia menyifatkan kemenangan ini sebagai rezeki yang dianugerahkan kepada Allah selepas berehat daripada kerjaya politik.
“Nasib baik menang. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya TV3 dan stesen radio Hot FM
“Dalam hidup ni kalau satu pintu rezeki ditutup, Allah akan buka pintu yang lain. Lakukan yang terbaik. Allah akan lakukan yang selebihnya,” katanya.
Sementara itu, pelakon popular Anna Jobling terus cemerlang apabila memenangi dua anugerah iaitu Aktres TV Popular dance Couple Drama Popular bersama Amir Ahnaf
Berikut adalah senarai penuh pemenang ABP36;
* Artis Baharu Lelaki Popular
– Shah Radhy
* Artis Baharu Wanita Popular
– Erysha Emyra
* Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular
– Dolla
* Penyanyi Lelaki Popular
– Khai Bahar
* Penyanyi Wanita Popular
– Aina Abdul
* Aktor Pembantu Filem Popular
– Alif Hadi
* Aktress Pembantu Filem Popular
– Raja Emma
* Artis Sensasi Popular
– Siti Nordiana
* Aktor Filem Popular
– Aedy Asyraf
* Aktres Filem Popular
– Fasha Sandha
* Aktor Pembantu TV Popular
– Shah Iskandar
* Aktres Pembantu TV Popular
– Rita Rudaini
* Aktor TV Popular
– Hun Haqeem
* Aktres TV Popular
– Anna Jobling
* Penyampai Radio Popular
– Khairy Jamaluddin
* Artis Komedi Popular
– Senario
* Pengacara TV Popular
– Uyiana Arshad
* Lagu Paling Boom Popular
– Masing-Masing
* Couple Drama Popular
– Anna Jobling & Amir Ahnaf
* Couple Filem Popular
– Bront Palare & Nadia Nisa
* Watak Antagonis Drama Popular
– Aleza Shadan
* Artis Sensasi Popular
– Siti Nordiana
Bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diterima komposer dan pencipta lagu terkenal Datuk Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan.
Malam ini, setiap pemenang membawa pulang kepingan emas seberat 18 gram dan trofi.
Membawa tema Teguh, ABP36 diinspirasikan CONBOO dihoskan oleh Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana.