Biarpun sudah hampir 30 tahun bergiat aktif dalam industri nasyid tempatan, populariti kumpulan Raihan masih kekal disegani sehingga kini.

Terbaharu, kumpulan yang popular dengan lagu Puji Pujian itu akan menggembalikan nostalgia peminat mereka menerusi Konsert Garis Masa Raihan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Februari ini.

“Sepanjang hampir 30 tahun bertapak, Raihan sudah melalui perjalanan yang panjang dengan turun naik, keluar masuk anggota dan kematangan muzik.

“Di sepanjang garis masa yang dilalui, kami bersyukur kerana peminat tidak pernah meninggalkan kami.  Raihan sentiasa mendapat sokongan daripada semua dan disebabkan itu konsert kali ini dinamakan sebagai Konsert Garis Masa Raihan.

Raihan Masih Kekal Utuh, Sambut Israk Mikraj Dengan ‘Konsert Garis Masa’

“Lebih istimewanya, ia juga menjadi acara kemuncak dalam festival Cahaya Israk Mikraj yang dianjurkan bersempena memperingati perjalanan Rasulullah SAW,” kata Che Am mewakili ahli kumpulan yang lain.

Ads

Selain Che Am, Raihan turut dianggotai Abu Bakar Mohd Yatim dan Amran Ibrahim.

Pelopor muzik nasyid tanah air itu menjanjikan sebuah konsert yang akan terus menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap Islam serta perjuangan Rasulullah SAW.

“Kami akan mendendangkan lagu-lagu hits antaranya Syukur, Iman Mutiara, Senyum dan Sesungguhnya yang cukup ikonik dengan Raihan,” katanya.

Ads

Raihan Masih Kekal Utuh, Sambut Israk Mikraj Dengan ‘Konsert Garis Masa’

Konsert ini akan turut dihadiri tokoh Islam, Habib Ali Zainal Abidin dan Habib Jamal Toha Ba’agil serta Sidi Abu Anas Abu Jaish dalam slot khas yang disediakan.

Untuk info, peristiwa Israk Mikraj adalah salah satu kekuasaan yang ditunjukkan Allah SWT kepada umat Islam.

Ads

Israk Mikraj yang disambut pada 27 Rejab setiap tahun dimuliakan sambutannya dengan pelbagai keraian termasuk ceramah atau festival bersifat kerohanian yang mengandungi pengisian berkaitan.

Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan menunggang buraq, manakala Mikraj pula merujuk kepada pergerakan baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI