Bapa kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menziarahi pusara anak tersayang bersempena 40 hari pemergiannya ke negeri abadi.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik isterinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan sapaan Makder di Instagram, Raissudin reda dengan ketentuan dan meminta untuk sama-sama mendoakan arwah.

Raissuddin Ziarahi Pusara Siti Sarah, Genap 40 Hari Arwah Pergi – “Mungkin Di Luar Nampak Kuat, Dalam Hati Siapa Tahu?”

“Kasihnya bapa. Hari ini genap 40 hari. 40 hari yang tak mudah. Abah datang melawat pusara arwah Siti Sarah. Kasih seorang abah.

“Siapa sangka anak yang ditatang semenjak kecil, di iqamat selepas lahir, dibesarkan dgn dua tangan sendiri, dinikahkan dengan pilihan hati, membesar sehingga ada anak, pergi terlebih dahulu?

Ads

“Tak ada siapa yg mduga tetapi kita sbgai manusia x boleh melawan takdir, yang tersurat adalah ketentuan Allah. Mungkin di luar nampak kuat, dalam hati siapa yang tahu?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

“Semuanya sudah ditentukan untuk mengajar hati menjadi redha. Yang tinggal hanyalah kenangan, yang boleh menghubungkan hanyalah doa.

Ads

“Sama-sama kita doakan agar arwah tenang di sana & rohnya dicucuri rahmat. Sama kita hadiahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulis Makder.

Raissuddin Ziarahi Pusara Siti Sarah, Genap 40 Hari Arwah Pergi – “Mungkin Di Luar Nampak Kuat, Dalam Hati Siapa Tahu?”

Ads

Untuk rekod, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, pada 9 Ogos lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, sebulan.

Raissuddin Ziarahi Pusara Siti Sarah, Genap 40 Hari Arwah Pergi – “Mungkin Di Luar Nampak Kuat, Dalam Hati Siapa Tahu?”Raissuddin Ziarahi Pusara Siti Sarah, Genap 40 Hari Arwah Pergi – “Mungkin Di Luar Nampak Kuat, Dalam Hati Siapa Tahu?”

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI