Meluahkan rasa kesal apabila terlupa mengunci tali keledar anak sewaktu mengenakan stroller, Hafiz Mahamad berkongsi anaknya pernah terjatuh.

Insiden tersebut sekaligus membuatkan si isteri menangis.

Namun jelasnya, dalam situasi tidak terjangka itu, mereka bersikap dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

“Sebenarnya tak sampai hati nak bawa anak yg baru 4 bulan ni ikut kerja ke mana mana.

IKLAN

“Haritu waktu kita kerja di Kelantan, Raisya jatuh dari stroller. Boleh pulak masa tu tak lock seat belt dia, sbb biasa kita lock.

“Mummy menangis rasa serba salah & saya pula rasa serba salah sebab terpaksa bawa mereka ikut sekali. Tapi dua dua faham & handle situation, tak menyalahkan siapa siapa.

“Alhamdulilah Allah permudahkan, Raisya kuat sangat. Sampai harini kalau ikut kerja jauh jauh dia behave & macam faham mummy daddy dia,” jelasnya.

IKLAN

Perkongsian ini turut mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi kisah serta pengalaman masing-masing.

IKLAN

“Raisya Jatuh Dari Stroller,” – Lupa Kunci Seat Beat, Instafamous Hafiz Mahamad Kongsi Pengalaman

Sekadar info, Hafiz dan Nursyafiqah Aina Abdul Wahab berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak, Raisya Arisa pada 24 Jun lalu.

Foto : Instagram Hafiz Mahamad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI