Pelakon Raja Ilya berkongsi pengalaman manis apabila menikmati percutian bersama suami, Trent Garrett dan keluarga mertua.
Memilih percutian di Pulau Rottnest, Australia, Ilya mengabadikan momen indah itu apabila menaiki sebuah bot yang dipandu bapa mertuanya.
“Enjoyed boating with my Dad In Law #Glenngarrett haha ,best gler boating,Tak pernah lagi dengar pergi honeymoon /holiday Dengan bapa mertua,mak mertua.
“Hahha but guest what ? They are amazing ,I will spend any days wth them at any time . Best Dad in Law in the world! 🌍 #lifestyleoflove,” tulisnya.
Terdahulu,Ilya,34 dan Trent,38 berkahwin di Perth dalam majlis tertutup dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak pada 23 Disember tahun lalu.
Ads
Pada 19 September lalu, pasangan ini mengadakan majlis resepsi bertemakan perkahwinan Inggeris dan malam muzikal di Magica Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang.
Ilya ketika itu menggayakan gaun pengantin rekaan Raffiey Nasir yang tampak mewah dengan perhiasan termasuk tiara tajaan daripada Habibs Jewels bernilai RM2.2 juta.
Pengarah Tunku Mona Riza kini mengarahkan filem kedua, Rain Town dengan menampilkan gandingan Chew Kin Wah yang memegang watak sebagai Chew dan Susan Lankaster (Ai Lin) sebagai tunjang utamanya.
Berani menyahut cabaran untuk mengarahkan naskhah berbahasa Kantonis, Mona optimis mahu memberikan yang terbaik terhadap filem yang menjalani penggambaran di Taiping, Perak, itu.
“Taiping mendapat nama jolokan Rain Town kerana ia merupakan kawasan paling banyak menerima hujan di Malaysia.
“Watak utama dibawa oleh pelakon berbakat besar, Chew Kin Wah yang memegang karakter Chew, seorang pesara yang terlibat dalam pertaruhan hujan (rain betting).
“Chew tinggal bersama bersama isteri, Ai Lin (Susan Lankester) dan tiga orang anak iaitu Isaac (Fabian Loo), Alex (Wilson Lee) dan Ruby (Pauline Tan).
“Pada awalnya, mesti penonton akan rasakan filem ini bercerita mengenai ‘pertaruhan hujan’ yang pernah wujud di Taiping. Namun ia hanyalah kisah permulaan sahaja kerana Rain Town mengangkat kisah keluarga.
“Chew seorang bapa yang suka campur tangan kehidupan anak-anak dan membuatkan urusan keluarga mereka huru-hara. Saya percaya, banyak keluarga lain turut berhadapan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak mereka.
“Saya ingin menerapkan mesej ibu bapa juga harus mengambil tahu apa yang dimahukan oleh anak-anak mereka dan tidak terlalu berkeras menentukan pilihan sendiri dan tidak mengendahkan permintaan anak,” katanya.
Mona turut menjelaskan, Rain Town ialah filem kedua yang diarahkan selepas lebih enam tahun.
“Kali terakhir saya menjalani penggambaran filem adalah pada tahun 2015 menerusi Redha. Redha menjengah pawagam pada 2016 dan akhirnya tahun ini saya kembali ke set dengan filem Rain Town.
“Insya-Allah filem ini bakal ditayangkan tahun hadapan. Sejujurnya, saya tak boleh beri apa-apa harapan untuk buah tangan kedua ini. Saya sendiri tak tahu bagaimana penerimaan Rain Town kelak, adakah ia akan pergi jauh.
“Atau adakah filem ini akan meraih mana-mana trofi, adakah naskhah ini akan mendapat pengiktirafan dan sebagainya.
“Buat masa ini, saya hanya mahu buat yang terbaik dan mahu memberikan sepenuh fokus menyiapkan karya ini. Segalanya saya serahkan kepada Allah,” katanya lagi.
Mona sebelum ini pernah merangkul trofi Pengarah Harapan Terbaik menerusi naskhah Redha di Festival Filem Malaysia ke-29 pada 2017.
Redha yang menceritakan mengenai pengalaman pasangan suami isteri dalam membesarkan anak yang menghidap autism dipilih sebagai penyertaan Malaysia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi ia tidak dicalonkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse membawa kelainan apabila menjadi filem seram Islamik pertama negara Gajah Putih itu.
Malah filem berkenaan turut mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan box office sejak ditayangkan di Thailand mulai 28 September lalu.
Bermula 2 November lalu, Yusrych Global Sdn Bhd membawakan filem terbitan M Thirty Nine Co. Ltd. dan Monwichit Entertainment itu ke pawagam di negara ini.
Pengasas Yusrych Global Sdn. Bhd., Yusry Makmor berkata, pihaknya berminat membawa masuk filem ini untuk tayangan di Malaysia apabila menyedari trailer rasminya menjadi viral dan diperkatakan ramai di media sosial.
“Saya percaya filem ini akan pecah panggung, tambahan pula kutipan di Thailand sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.
“Kalau melihat pada komen pula, rata-ratanya ramai yang teruja nak menonton,” ujarnya.
Sebelum ini, Yusrych Global Sdn Bhd bertindak sebagai penerbit dan edaran bersama untuk filem Anwar The Untold Story dan Khong-Khaek: The Djinn’s Curse menjadi filem kedua edaran syarikat berkenaan.
Sementara itu, pengarah filem ini, Kriangkrai Monvichit menjelaskan, idea untuk menghasilkan naskhah tersebut tercetus setelah isterinya yang suka menulis skrip bersendirian mengadu alami situasi mistik.
Hasil dari perbualan itulah, pasangan tersebut sepakat untuk menghasilkan sebuah filem seram dan akhirnya terhasil skrip filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse.
Ia dibarisi oleh para pelakon seperti Golf-Akara Lucas, TubFm-Anyarin Terathananpat, Mo-Amena Pinit, Marika Phraekhieocharoen, Piyarat Jatupong dan ramai lagi.
Menurut Kriangkrai lagi, mereka mengangkat tema berkaitan jin kerana mahu penonton lebih memahami kesan dan akibat buruk apabila manusia meminta pertolongan ataupun bersekongkol dengan perkara syukrik.
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Win yang berhijrah bersama keluarganya ke sebuah wilayah terpencil di Selatan Narathiwat apabila merasakan yang keluarga mereka itu seperti diganggu jin.
Di sebalik mahu mencari perlindungan daripada gangguan yang dialami mereka, ternyata keluarga berkenaan terjerumus dengan bahaya yang lebih besar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Belum lagi reda isu pembantu rumah arwah ibu Nirina Zubir mencuri sijil tanah bernilai lebih RM4.9 juta, Nirina Zubir turut berkokngsi yang pembantu rumah yang dikenali dengan nama Riri Khasmita itu turut memperdayakan ibunya dengan mencuri hasil rumah sewa dan bilik asrama selama ini.
Bintang filem Ali & Ratu-Ratu Queens itu berkongsi yang selama ini dia tidak mengambil tahu mengenai bilik asrama dan juga rumah sewa milik ibunya kerana melihat Riri sebagai pembantu yang membantu menguruskan segala perniagaan ibunya yang ada.
Menceritakan tentang penipuan itu menerusi laman YouTube Kompas, dia berkata, “Wang hasil bilik asrama dan juga wang sewa rumah milik ibu turut diambilnya. Sejujurnya sebelum ini kami tidak berfikiran buruk sedikitpun.”
Perkara itu terbongkar seiring dengan penemuan tentang penipuan enam sijil tanah milik ibunya yang telah dijual dan digadai.
Apabila saudara mara Nirina menguruskan bilik asrama dan rumah sewa setelah kematian ibunya, dari detik itu mereka mendapati yang penghuni di bilik sewa sewa itu merupakan pekerja-pekerja bisnes milik Riri.
Mereka tinggal disitu secara percuma dan bayaran rumah sewa turut dimanipulasi.
Jelas Nirina, “Bilik-bilik itu dipenuhi dengan pekerja-pekerjanya. Mereka tidak perlu membayar wang dengan alasan bil elektrik adalah bayaran rata. Sama juga dengan rumah sewa, dengan kami Riri menyatakan pembayaran adalah sekian-sekian namun apabila ditanya kepada penyewa jumlah bayaran yang mereka beri kepada Riri jauh lebih tinggi.”
Pembongkaran jenayah yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut menjadi bualan hangat dan mengejutkan ramai pihak terutamanya tentang isu mafia tanah yang memanipulasikan orang untuk menjual tanah mereka melalui penipuan.