Tahniah diucapkan buat pelakon Raja Farah, 34, yang telah selamat menyambut anak ketiganya kira-kira jam 9.40 pagi, pada Jumaat.
Berita gembira itu dimaklumkan pemilik nama lengkap Raja Farah Raja Aziz itu menerusi hantaran di Instagram.
Menyatakan rasa syukur, Raja Farah turut berterima kasih kepada semua atas doa baik-baik yang dititipkan.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang doakan untuk saya dan baby. Syukur semuanya selamat, lancar dah sihat, Alhamdulillah.
“Doakan proses berpantang saya pulak ye? Semoga dipermudahkan, Amin,” tulisnya.
Perkongsian terbabit turut disambut dengan ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat.
Menerusi perkongsian sebelumnya, pelakon filem Anak Halal ini turut menyatakan perasaannya sebelum bersalin.
“Warded today, 16th June 2022. Rasa nervous, excited, takut semua ada. Doakan smooth and healthy delivery for me yea semua? InsyaAllah…,” doanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/L2UmDyRCSqY
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Perkahwinan Kekal Ke Jannah,” – Izreen Azminda Rai Ulang Tahun Perkahwinan, Menyanyi Bersama Suami
Pelakon, Izreen Azminda meluahkan rasa syukur atas ikatan perkahwinannya bersama suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude yang sudah memasuki tahun ketiga, minggu lalu.
Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Syukur.. #3rdanniversary,” tulisnya.
Gambar
Pada masa yang sama, pelakon berusia 34 tahun ini turut memuat naik satu rakaman video ketika menyanyikan lagu Kau Segalanya bersama Ude.
“KAULAH SEGALANYA Abaikan suara yg so so tu.. Kami bukan penyanyi habaq Awai2 (sekali skala takpa kot no),” tulisnya.
https://www.instagram.com/tv/CDqusIRn4lX/?igshid=o48z41fz9von
Dalam pada itu, peminat juga mendoakan agar mahligai cinta yang dibina oleh Izreen bersama suami kekal bahagia selamanya.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Video: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Ramai Terlepas Pandang Jasa Mereka…,” – Ibu Neelofa Kongsi Rezeki Dengan Pekerja Alam Flora, Agih Nasi Goreng Harimau Menangis
Ibu kepada selebriti dan ahli perniagaan Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini mengambil barakah Jumaat dengan berkongsi rezeki bersama pekerja Alam Flora yang bekerja di sekitar kediaman kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Selangor.
Menerusi perkongsian video di Instagram baru-baru ini, Noor Kartini bersama pembantunya dirakam sedang menyediakan Nasi Goreng Daging Harimau Menangis untuk diagihkan kepada kira-kira 50 individu bertugas.
Malah katanya, untuk menyiapkan menu tersebut, dia menggunakan tiga pek Harimau Menangis dan hidangan disediakan seperti mana ketika dirinya mahu menjamu selera.
“Saya rasa sangat bersyukur kerana setiap Jumaat kita dapat berkongsi rezeki bersama mereka. Mungkin ramai yang terlepas pandang jasa mereka yang membersihkan persekitaran rumah kita.
“Tanpa mereka, mungkin kawasan rumah kita tak seindah yang kita dapat kecapi sekarang, Alhamdulillah,” katanya.
Di dalam posting yang sudah ditonton hampir 200,000 kali itu, Noor Kartini berkongsi video agihan menu tersebut yang turut disertakan dengan sampul duit raya.
Foto: Instagram Datin Noor Kartini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bagi Cipta Keserasian, Bukan Boleh Terus Dapat,” – Turun Seremban Rakam Demo, Aina Abdul Ceritakan Sikap Sebenar Khai Bahar
Saling memuji dan mengagumi bakat masing-masing, penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul terus merencana projek istimewa sebagai hadiah buat peminat yang sentiasa berharap mereka telah muncul dalam sebuah lagu duet.
Kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaiknya malah ‘lamaran’ Aina untuk berduet disambut baik Khai sehingga terhasilnya lagu Nafas Cinta yang telah pun dilancarkan serentak dengan video muzik rasmi pada 18 Disember lalu menerusi saluran YouTube Aina Abdul.
Menurut Aina, 27, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, lagu Nafas Cinta dicipta khas bagi memberikan nafas baru dalam muzik mereka berdua dan ia ditujukan buat pasangan yang sedang ingin bercinta sehingga melangkah ke alam perkahwinan.
“Lagu ini sangat mencabar, cuma bunyi kedengaran santai. Dari segi kekuatan vokal masih ditonjolkan, tapi kami berbincang dan bersetuju untuk ketengahkan emosi dan perasaan yang relaks dan santai.
“Mesej lagu Nafas Cinta ini sangat berbeza dengan lagu lain yang saya tulis. Lagu ini lebih ‘muda’ dan menyasarkan golongan remaja. Jadi, disebabkan itu saya sangat berharap lagu ini diterima baik dan dekat dengan mereka.
“Secara tidak langsung, apabila mendengar lagu ini mereka akan tersenyum dan gembira selain mengimbas kisah cinta mereka. Sebab ini bukan lagu berat macam sebelumnya. Pendek kata, ‘feel’ lagu sangat romantis dan ‘sweet’,” katanya.
Berkongsi mengenai kerjasama yang terjalin, menurut Aina ia tercetus selepas mereka berduet dengan menyanyikan semula lagu Just Give Me A Reason tak lama dulu.
“Saya memang jarang ada ‘contact’ dengan penyanyi lain. Apabila Khai sudi buat ‘cover’ di YouTube, saya sangat gembira. Tidak menjangka pula duet kami itu mendapat maklum balas sangat baik daripada peminat kami.
“Kemudian, Khai menjemput saya untuk menyanyi dengannya pada Konsert Minggu Ini Bersama Khai Bahar di RTM. Ketika itu, saya cakap pada pengurus, alang-alang sudah berkenalan kita boleh buat satu lagu. Jadi, saya dan pengurus ‘approach’ pihak Khai dan dia pun okay.
“Saya terus buat melodi lagu Nafas Cinta dan Khai pun berikan input untuk melengkapkan lagu ini. Jadi, melodi dan lirik lagu ini kami hasilkan bersama,” katanya.
Aina berkata, proses menghasilkan Nafas Cinta dipermudahkan meski proses rakaman dijalankan di Seremban, Negeri Sembilan.
“Bagi mencipta keserasian, bukan boleh terus dapat. Disebabkan itu Khai sanggup datang ke Seremban untuk buat proses rakaman. Pertama, Khai datang rakam demo dulu untuk kami belajar dan fahamkan melodi dan maksud lagu. Kali kedua baru buat rakaman sebenar. Jadi, ia ambil masa juga.
“Tapi, Khai sangat membantu dan dia sangat menyokong. Walaupun saya baru, tapi dia sangat merendah diri. Khai tidak kisah kena datang ke Seremban, tapi dia sangat memberikan kerjasama,” katanya.
Sementara itu, Khai, 26, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin menyifatkan lagu Nafas Cinta sesuatu yang istimewa buat peminat mereka berdua.
“Macam sebelum ini ramai tertanya-tanya siapa rakan duet terbaru saya. Jadi, apabila projek ini dikongsikan di Instagram, semua tidak sabar menunggu lagu ini. Apa boleh dikatakan, ini adalah adalah hadiah buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya kami.
“Saya berharap lagu ini dapat diterima baik dan boleh pergi lebih jauh. Dalam masa sama, semoga duet saya dan Aina boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan lagu ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” katanya.
Dalam masa sama, Khai mengakui bertuah dapat berduet dengan Aina selain mengagumi bakat besar dimiliki penyanyi lagu Semalam itu.
“Alhamdulillah, perancangan kami untuk menghasilkan projek ini dipermudahkan. Macam sebelum ini saya pernah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana. Kali ini, saya bertuah kerana diberi peluang untuk berduet dengan Aina pula.
“Setiap rakan duet saya mempunyai keistimewaan dan aura masing-masing. Saya melihat setiap tawaran yang datang adalah kesempatan terbaik untuk saya memajukan diri. Bagi saya bekerjasama dengan ramai orang membolehkan saya menimba pengalaman baru,” katanya.
Sementara itu, Pengawai Promosi Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, projek lagu Nafas Cinta antara Universal Music Malaysia dan kedua penyanyi itu dianggap pembuka jalan untuk kerjasama pada masa akan datang.
“Pihak Universal Music Malaysia sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Khai Bahar dan Aina Abdul dalam menjayakan projek ini. Diharap kami dapat berkolaborasi bersama lagi di masa akan datang.
“Pihak kami juga teruja dengan kerjasama ini kerana umum mengetahui Khai dan Aina antara penyanyi muda yang mempunyai kualiti tersendiri selain kelompok peminat yang sentiasa memberikan sokongan.
“Kami juga berharap lagu yang bakal dilancarkan ini mendapat maklum balas positif peminat dan pencinta muzik tempatan,” katanya.
Lagu Nafas Cinta turut dilancarkan di semua platform muzik digital dan kurang seminggu ia dimuat naik di YouTube, muzik video single berkenaan sudah pun ditonton hampir 150,000 kali.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI