Ratu Elizabeth II dilapor meninggal dunia pada
usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada Khamis.
Istana Buckingham mengumumkan kemangkatan Ratu Elizabeth II di dalam satu kenyataan dan menetapkan 10 hari untuk berkabung.
Serentak dengan pengumuman tersebut juga, bendera di UK dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang.
Ratu Elizabeth II menjadi pemerintah paling lama di Britain iaitu 70 tahun sekaligus menjadi fasa monarki paling lama di Britain.
Ratu Elizabeth II mula memegang takhta sejak 1952 pada usia 25 tahun selepas era Perang Dunia Kedua berakhir.
Semntara itu, anak lelaki Ratu Elizabeth II, Putera Charles, 73, iaitu Putera Wales secara rasmi ditabalkan menjadi Raja England.
Terdahulu, doktor menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan Ratu Elizabeth II dan mengesyorkan Ratu Elizabeth II diletakkan di bawah pengawasan pasukan perubatan.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berkat Doa Anak-Anak Yatim, Allah Makbulkan,” – Doktor Sahkan Sel Kanser Isteri Dah Mati, Nizam Laksamana Luah Rasa
Penyanyi senior, Nizam Laksamana menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT selepas memaklumkan pembedahan yang dijalani oleh isterinya untuk membuang sel-sel kanser beberapa hari lalu kini telah pun menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.
Jelas Nizam, hasil ujian makmal, kesemua sel-sel kanser yang terdapat di bahagian yang dibedah itu kini dilaporkan telah pun mati.
“Semalam jumpa Doktor SOPD HKL untuk mengetahui/review result pembedahan Mastectomy (Breast Cancer) isteri saya.
“Alhamdulillah, Doktor kata sel kanser dah tak ada/ dah hilang/ dah mati ditempat yang di bedah. Sebanyak 17 Lymph Nodes (Kelenjar Limfa) dibuang dan dihantar makmal. Syukur tiada satu pun Lymph Nodes tersebut ada Sel kanser.
“Bermakna kimoterapi 6 cycle dan pembedahan itu berjaya menghapus sel kanser,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Gugurnya Bunga Cinta menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nizam turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah pun mendoakan kesihatan insterinya itu.
Bagaimanapun, Nizam memaklumkan isterinya itu tetap perlu bertemu dengan doktor dari masa ke semasa bagi pemantauan lebih lanjut.
“Berkat izin Allah swt, berkat doa-doa kaum keluarga. Berkat doa kawan-kawandi Facebook. Berkat doa anak-anak yatim..Allah makbolkan. Terima kasih diucapkan.
“Walau bagaimanapun masih ada temu janji dengan doktor SOPD & Oncology untuk pemantaun berterusan. Semoga isteri saya bebas sepenuhnya dari Kanser,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa selain selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nizam dan juga isterinya.
“Alhamdulillah, semoga terus dipermudahkan segala urusan Abang Nizam dan isteri.
“Alhamdulillah semoga isteri akan terus sihat dan dijauhi dari segala yang tak baik.
“Alhamdulillah, berkat kesabaran isteri dan anak-anak. Semoga isteri Encik Nizam kembali pulih seperti sedia kala. Amin.
“Semoga isteri abang terus diberikan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Baru-baru ini, isteri kepada Nizam telah pun dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan kanser payu dara.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Nizam Laksamana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bulan Depan Anniversary Kita Yang Ke-11, Saya Sakit Dah 10 Tahun…,” – Elyana
Penyanyi Elyana mendedahkan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Khairul Anuar Husin bakal memasuki tahun yang ke-11 bulan hadapan.
Menerusi satu perkongsian yang dikemas kini di Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Kalis Rindu ini turut menitipan kata sayang buat suami tercinta.
“Bulan depan anniversary kita yang ke 11 tahun. Saya sakit dah 10 tahun. Umur awak pulak nak masuk 46 tahun.
”Umur kita beza 12 tahun. Tapi bertahun-tahun,di hati saya awak tetap nombor 1.
“Terima kasih sudi menjadi teman saya didunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga,” tulisnya.
Titipan tersebut sekali gus mendapat perhatian peminat yang turut sama meninggalkan komen yang baik-baik buat Elyana sekeluarga.
Malah ada juga yang mendoakan moga Elyana terus kuat berdepan ujian.
Sebelum ini, Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat pada 2017.
Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.
Foto: Instagram Elyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Cinta Hati Saya…,”- Rakam Foto Bersama, Anak-Anak Sumber Kekuatan Tya Arifin Dalam Kehidupan
Pelakon dan usahawan Tya Arifin bersyukur kerana sentiasa dimurahkan rezeki dariNya.
Malah, Tya yang juga menantu DS Siti Nurhaliza amat menyanyangi anak-anak kerana baginya mereka merupakan kekuatan untuk Tya dalam apa jua bidang yang diceburi.
“Merekalah cinta hati saya, kekuatan saya, alasan saya menjalani kehidupan , walaupun malem ini mereka tidur lambat.
“Jadi kita abadikan dengan gambar 🧡
“Seperti biasa ya buibu, gambarnya tak ada yang sempurna 😌🙈😅
“Oiya, Tya rasa dah lama tak outing dengan anak2, buibu ada idea kah nak bawa kids weekend ni kemana ya? Share plss,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
Tya merupakan pengusaha produk jamu kecantikan sering berkongsi gambar bersama keluarga dan aktiviti hariannya di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
View this post on InstagramFamily Potrait di hari Raya.❤️
A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
Untuk rekod, Tya berkahwin dengan Muhammad Asyraf Khalid pada 2015 dan dikurniakan dua pasang anak, Arif Jiwa, 3 tahun dan Azzahra Jiwa, 1 tahun.
Foto : Instagram Asyraf Khalid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI