Meski sinonim dengan gelaran ‘Raja Pop’ dan berbekalkan pengalaman kira-kira 40 tahun dalam industri muzik, ia nyata tidak menghalang penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdullah untuk menyertai pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) sekiranya ada peluang.

Kini popular menerusi lagu duet Belenggu Rindu bersama Wany Hasrita, Jamal berbesar hati sekiranya lagu tersebut turut dipertandingan dalam anugerah lagu tahunan itu.

Malah, bintang berusia 61 tahun itu tidak kisah untuk bersaing dengan penyanyi muda lainnya.

Raja Pop, Jamal Abdillah Sedia Bersaing Andai Lagu Belenggu Rindu Bersama Wany Hasrita Ada Rezeki Masuk AJL, – “Tak Kisah Kalah, Asalkan…”

“Kalau lagu itu mempunyai rezeki ke AJL, saya tak kisah dan bersedia untuk beraksi di pentas berprestij itu. Bagi saya, status sebagai penyanyi senior tidak menghalang diri ini untuk turut sama bertanding.

“Jika single tersebut ada rezeki terpilih, saya akan menyanyi dengan sepenuh hati serta memberikan persembahan istimewa untuk peminat.

Ads

“Tak kisah kalau lagu itu kalah sekali pun pun, asalkan dapat bertanding memberikan yang terbaik mewakili komposer dan penulis lirik,” katanya.

Terdahulu, pemilik nama lengkap Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini ditemui MH di majlis Previu Bufet Sinar Ramadan 2020 Hotel Tenera Bangi pada Rabu.

Raja Pop, Jamal Abdillah Sedia Bersaing Andai Lagu Belenggu Rindu Bersama Wany Hasrita Ada Rezeki Masuk AJL, – “Tak Kisah Kalah, Asalkan…”

Tambahnya lagi, single nyanyiannya bersama Wany juga merupakan dilihat sebagai salah satu cara untuk dirinya dikenali dan relevan dalam kalangan peminat muda.

Ads

“Saya harus berfikir untuk menempatkan diri dalam arena ‘mainstream’. Jadi, lagu Belenggu Rindu itu merupakan salah satu caranya.

“Saya sendiri faham, lagu baru dari penyanyi senior jarang diputarkan oleh stesen radio. Menerusi duet saya bersama Wany, lagu itu secara tak langsung mendapat sambutan dan dimainkan.

“Saya sangat bersyukur dengan perkembangan itu dan perkara terbabit menjadi salah satu cara untuk saya dikenali oleh peminat baru yang lebih muda,” jelas Jamal lagi.

Ads

Lagu Ghazal Untuk Rabiah yang dinyanyikannya bersama Datuk M. Nasir di AJL ke-12 pernah dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu.

Terdahulu, Hotel Tenera menawarkan hidangan warisan yang menampilkan 200 menu enak bertemakan warisan Melayu bersempena Ramadan tahun ini.

Raja Pop, Jamal Abdillah Sedia Bersaing Andai Lagu Belenggu Rindu Bersama Wany Hasrita Ada Rezeki Masuk AJL, – “Tak Kisah Kalah, Asalkan…”

Pada masa sama, ia turut menawarkan promosi istimewa untuk ‘early bird’ menikmati hidangan berbuka puasa dengan diskaun menarik.

Untuk sebarang informasi lanjut, layari sahaja laman Facebook dan Instagram Hotel Tenera.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI